Page 11 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 11
• Tabah dalam menerima tugas dan tanggungjawab
Doktor Raiha tabah dalam menerima tugas dan tanggungjawab membedah Unong Siron walaupun
pembedahan tersebut selayaknya dilakukan oleh Doktor Uwang. Dia melakukan pembedahan kali keenam ke
atas Unong Siron dengan sebaik mungkin agar remaja tersebut dapat mengakhiri penderitaan.
• Tabah menerima berita punca kematian anak kasayangan
Doktor Raiha tabah menghadapi berita punca kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menjelaskankan
perkara sebenar sebab kematian Ayu. Doktor Raiha memaafkan Felicia yang turut terlibat dalam tragedi
tersebut dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.
• Tabah menghadapi keretakan rumah tangga
Doktor Raiha tabah menghadapi pergolakan rumah tangga apabila suaminya, Doktor Sadiz berlaku kejam
kepadanya. Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungan dan bertegas tidak mahu
menceraikannya supaya Doktor Raiha terus terseksa.
Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Doktor Raiha, dia menjadikan seorang wanita yang tabah
dalam menghadapi rintangan dan konflik dalam hidupnya.
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
• Doktor Raiha begitu sayang akan anak tunggalnya, Rohayu binti Sadiz atau Ayu walaupun anaknya itu
menghidap sindron Down dan tidak sanggup Ayu dihantar ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak
sindrom Down oleh suaminya. Doktor. Raiha juga berasa amat sedih atas kematian tragis anaknya yang
disambar api dalam kebakaran kereta mewah milik suaminya.
• Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK untuk mendapat rawatan terbaik dan sentiasa bimbang
akan status kesihatan anaknya.
2. Persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat
• Doktor Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan perubatan yang diceburinya
berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit untuk membiayai kos rawatan.
Sebagai contoh, Doktor Uwang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan
berkemampuan mendapatkan rawatan.
• Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama
seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
• Felicia Landosi juga sanggup membawa pesakit yang kurang berkemampuan untuk menerima rawatan di
PRPK kerana dia akan memperoleh lima peratus keuntungan daripada Doktor Uwang.
3. Persoalan sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga
• Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa
dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau
tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya
berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia
seorang yang pemilih.
4. Persoalan tanggungjawab yang harus dipikul
• Doktor Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa
Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut.
• Doktor Raiha juga bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tembuk garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya
demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
5. Persoalan ketegasan dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas untuk tidak menggugurkan janin dalam kandungannya walaupun didesak oleh
suaminya, Doktor Sadiz.
• Doktor Raiha juga tegas dengan pendiriannya menjadi seorang doktor dan berkahwin dengan Doktor
Sadiz walaupun dibantah oleh ayahnya.
6. Persoalan sikap berani mengaku kesalahan
• Felicia Landosi mengakui kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah
dengan emak Unong Siron yang menuduhnya bersubahat mengambil kesempatan daripada kesusahan
dan kesakitan Unong Siron.
11 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

