Page 12 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 12
• Felicia Landosi juga mengakui kesalahannya yang terlibat dalam tragedi yang meragut nyawa anak
perempuan Doktor Raiha. Dia meminta maaf kerana terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan
Doktor Raiha.
7. Persoalan keredaan dengan ketentuan Tuhan
• Walaupun Doktor Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas
suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ,
namun Doktor Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai
ketentuan Tuhan.
8. Persoalan keruntuhan rumah tangga akibat tiada persefahaman
• Rumah tangga Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz akhirnya tidak dapat diselamatkan kerana perbezaan
sikap dan pandangan. Doktor Sadiz bersikap keterlaluan kerana mendesak Doktor Raiha menggugurkan
kandungannya dan menggantung Doktor Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan di
mahkamah.
9. Persoalan pandangan negatif seorang ayah terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya cacat. Dia mendesak Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya. Setelah anaknya dilahirkan, Doktor Sadiz tidak bersedia memelihara anak
tersebut dan cuba memisahkannya daripada Doktor Raiha.
10. Persoalan manusia yang mementingkan status dan maruah diri
• Doktor Sadiz yang mementingkan status dan maruah dirinya sebagai pakar perunding pembedahan yang
hebat dan terkemuka telah memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana anak yang bakal
dilahirkan itu menghidap sindrom Down. Pada pendapat Doktor Sadiz, anak itu akan menyusahkan
mereka kelak. Doktor Sadiz membuat keputusan untuk tidak memelihara anak itu, sebaliknya akan
menghantar anaknnya itu ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak sindrom Down.
11. Persoalan tekanan perasaan yang dialami demi mengejar cita-cita
• Pemuda yang menyamar sebagai doktor di PRPK mengalami tekanan perasaan kerana tidak berjaya
mencapai cita-citanya setelah gagal dalam peperiksaan semester akhir.
12. Persoalan masa lalu yang menghantui kehidupan yang sedang dilalui
• Kematian tragis anak tunggal kesayangan Doktor Raiha dalam satu kebakaran, keruntuhan rumah tangga
dan keputusan mahkamah keluarga terhadap kes kematian Ayu yang tidak memihak kepadanya
menyebabkan Doktor Raiha mengalami konflik dan tekanan hidup.
• Felicia sering teringat peristiwa kebakaran kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang menyebabkan
kematian anak Ayu, anak tunggal Doktor Raiha.
13. Persoalan dendam yang merosakkan kehidupan masyarakat
• Doktor Sadiz bertindak membakar kereta mewah miliknya akibat rasa dendam terhadap Doktor Raiha
yang disangkakannya sengaja membawa lari Rohayu. Doktor Sadiz juga bersumpah tidak akan
menceraikan Doktor Raiha dan akan membiarkannya merana kerana menganggap Doktor Raiha
tergamak memalukannya dalam kes kematian Rohayu di mata golongan masyarakat elit.
14. Persoalan jodoh pertemuan dan ajal di tangan Tuhan
• Walaupun Doktor Raiha dan Doktor Sadiz berkahwin atas dasar cinta, rumah tangga yang mereka bina
akhirnya berantakan. Doktor Sadiz akhirnya terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.
15. Persoalan keprihatinan seorang doktor terhadap pesakitnya
• Doktor Raiha berdoa agar pembedahan ke atas Unong Siron untuk kali keenam di tempat yang sama
berjaya kerana memahami kesakitan pesakitnya itu.
16. Persoalan tentang harapan seorang ayah
• Ayah Doktor Raiha mahu dia menjadi suri rumah sepenuh masa dan membantah Doktor Raiha menjadi
pakar bedah kerana kerjaya tersebut akan menyebabkan dia tidak mempunyai masa bersama-sama
dengan keluarga.
• Ayah Doktor Raiha membantah hasrat Raiha ingin berkahwin dengan Doktor Sadiz kerana doktor tesebut
terlalu tua dan tidak dapat membahagiakan dirinya.
• Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung
kepada bidang muzik.
17. Persoalan pegangan agama menjadi pedoman hidup manusia
• Doktor Raiha memohon kepada Allah semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupannya dan
pekerjaannya untuk membantu insan lain yang memerlukan pertolongan.
12 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

