Page 10 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 10

Bab 8
                      Di  wad  kelas  biasa,  Doktor  Raiha  melawat  Unong  Siron.  Kelihatan  ibu  Unong  Siron  tidur  dalam
               kebimbangan di atas lantai beralaskan tikar mengkuang usang selepas pembedahan pada petang itu. Doktor Raiha
               berharap agar operasi itu merupakan yang terakhir ke atas Unong Siron. Doktor Raiha tiba-tiba terkejut apabila
               mendapati bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu pernah menyamar
               sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta petugas lain berada di luar
               bilik bedah itu. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga
               bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang  kerana dia tidak sihat.
                      Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenalinya. Dia meminta
               pemuda itu  merawat anaknya yang parah. Ketika pemuda itu cuba merawat Unong Siron, dia berjaya ditahan dan
               di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah universiti tempatan.
               Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang siuman akibat mendengar kata negatif
               jiran tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.


               Bab 9
                      Doktor Uwang memandu kereta mewahnya memasuki PRPK. Ketika mamandu kereta mewahnya, Doktor
               Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada malam dia menghantar Doktor Sadiz pulang ke rumahnya. Doktor
               Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan Ayu menggunakan keretanya. Doktor Sadiz amat marah
               dan  membakar keretannya  yang  diparkir  di  tepi  rumah  tumpangan  tanpa menyedari  Ayu  berada  berhampiran
               dengan  kereta  tersebut.  Doktor  Uwang  juga  teringat  akan  perbualannya  dengan  ibu  Unong  Siron.  Wanita  itu
               menempelak  Doktor  Uwang  kerana  memberikan  alasan  lima  pembedahan  yang  dijalankan  sebelum  itu  tidak
               berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak
               mampu  melawan  infeksi,  padahal  Doktor  Uwang  ingin  mengaut  wang  ringgit  pesakitnya.  Sebenarnya,  Doktor
               Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik.
               Namun, demi menjaga hati dan membuktikan kepada bapanya, dituruti juga kehendak bapanya itu.
                      Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes
               mereka di mahkamah dahulu.  Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki
               minyak yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat lalu terperosok di bawah lori tangki  itu. Kereta itu
               terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.
                      Sewaktu kereta mewah yang dipandu oleh Doktor Uwang melewati pintu PRPK, Doktor Uwang tersentak
               nafas sekali lagi menyebabkan dia gagal mengawal kereta lalu melanggar tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan
               dan lututnya hancur. Doktor Uwang seperti melontarkan kata-kata bahawa dia tidak mahu dibedah dan dirawat di
               pusat rawatannya kerana peralatan di PRPK berkualiti rendah dan murah harganya. Selama ini Doktor Uwang
               hanya  mementingkan  wang  daripada  kesihatan  dan  kebajikan  pesakitnya.  Dengan  persetujuan  isteri  Doktor
               Uwang, Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada pergelangan
               tangan dan lutut Doktor Uwang.
                      Ketika Doktor Raiha melangkah ke garaj kereta PRPK menjelang dinihari, Felicia berjumpa dengan Doktor
               Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari sebelum sempat Doktor
               Sadiz menghantar Ayu  ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Atas  arahan Doktor Sadiz,
               Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu.  Meskipun Doktor
               Raiha mempersoalkan tindakan Felicia yang tidak berani tampil sebagai saksi sewaktu perbicaraan kes kematian
               Ayu  di  mahkamah  keluarga  suatu  masa  dahulu,  dia  memaafkan  kesalahan  Felicia.  Doktor  Raiha  menerima
               ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka. Doktor Raiha berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya
               untuk membuka pintu dunianya semula setelah lama tertutup akibat pelbagai peristiwa malang dalam hidupnya.
               Dia juga menasihati Felicia supaya membuka pintu dunianya kembali. Mereka berdua sebenarnya sama-sama
               menjadi mangsa keadaan.





               TEMA

               Novel Pantai Kasih bertemakan ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik dalam
               kehidupannya.


               •  Tabah  menghadapi kematian anak kesayangan
                  Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan tunggalnya,  Rohayu yang menghidapi sindrom
                  Down dalam satu kebakaran yang berpunca daripada kekejaman suaminya sendiri, Doktor Sadiz.

               •  Tabah menghadapi bantahan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
                  Doktor Raiha tabah menghadapi bantahan ayahnya  yang tidak bersetuju dengan cita-citanya ingin menjadi
                  pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas tersebut hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
                  sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.


               10 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15