Page 15 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 15

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                                                    SEJADAH RINDU
                                                  Mohd. Haikal Aminuddin


               RANGKAP 1
                                                                     Info Kata:
               Terkedu aku
                                                                     Maksud terkedu – lentik ke belakang atau terkedik.
               di sejadah rindu                                      Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu
               mengungkap kalimah syahdu                             yang  membawa  maksud  terdiam  atau  termangu
               bait bicara tersentuh kalbu                           tiada,  tetapi  perkataan  kelu  atau  terkelu  yang
               merekah keinsafan di hati yang beku                   membawa  maksud  demikian.  (  Mungkin  bahasa
               mengenang dosaku yang dahulu                          slanga, bahasa pecakapan dan bukan bahasa baku.)

                 Maksud
                 Penyajak termangu sewaktu sujud di atas kain sejadah ( tikar sembahyang ) sambil bermunajat kepada Tuhan.
                 Kesedaran tentang kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.

               Persoalan
               •  Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan dosa.
               •  Penyajak  insaf dan bermunajat kepada Tuhan setelah insan dan menyesali akan kesilapan dan dosa-dosanya
                  yang lalu.

               Nilai
               •  Keinsafan - Penyajak menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
               •  Rasional - penyajak menyedari kesilapan yang dilakukannya dan bertaubat.

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan dan  dosa.

               RANGKAP 2
               Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
               kupohon kembali nafas kehidupan
               dalam keterhadan dan keterbatasan insan
               moga terbuka ruang keampunan
               sebelum saat aku dinisankan
               di masa yang Kautetapkan

                  Maksud
                  Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan memberi
                  peluang dan menunjukkan  jalan ke arah kebenaran biarpun sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan

                  terhad kerana usianya semakin lanjut.  Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau
                  meninggal dunia pada waktu yang ditetapkan oleh Tuhan.

               Persoalan
               •  Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
               •  Persoalan kesungguhan dalam mengharapkan keampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
                  Penyajak  bersungguh-sungguh  memohon  keampunan  kepada  Tuhan  atas  segala  dosanya  sebelum  dia
                  meninggal dunia nanti.

               Nilai
               •  Kesungguhan - Penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal
                  dunia.

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhan.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20