Page 17 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 17

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM


                  Maksud
                 Penyajak  berdoa kepada Tuhan agar dia menjadi manusia yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Hal ini

                 penting agar dia tidak akan lupa dan lalai untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu

                  sahaja di dunia ini.

               Persoalan
               •  Persoalan ketaatan kepada Tuhan
                  Penyajak berusaha menjadi manusia yang sentiasa taat kepada pencipta dan hanya berharap pengampunan
                  daripada Tuhan.
               •  Persoalan tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara
                  Penyajak sedar dan tidak lalai mengingatkan dirinya bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.

               Nilai
               •  Ketaatan  kepada Tuhan  - Penyajak  berusaha menjadi manusia yang sentiasa taat kepada pencipta dan
                  hanya berharap pengampunan daripada Tuhan.
               •  Kesedaran  -  Penyajak sedar dan tidak lalai mengingatkan dirinya bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah
                  sementara.

               Pengajaran
                   •   Kita hendaklah sentiasa taat kepada Tuhan agar  mendapat keredaan-Nya.
                   •   Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini bersifat sementara agar sentiasa taat kepada Tuhan.


               TEMA

               Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama.  Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang
               lalu dan memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal
               ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.


               BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK

               1.  Terdiri daripada lima rangkap.
               2.  Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; enam baris, rangkap kedua; enam
                  baris, rangkap ketiga; tujuh baris, rangkap keempat; enam baris dan rangkap kelima; enam baris.
               3.  Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu hingga enam patah kata.
               4.  Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat suku kata.
               5.  Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap ketiga : aabaaaa, rangkap
                  keempat : aaaaaa dan rangkap kelima: aaaaaa.


               NADA

               Bernada melankolik

               GAYA BAHASA

               1.  Metafora
                  Contoh,     di sejadah rindu
                              merekah keinsafan
                              nafas kehidupan

               2.  Responsi
                  Contoh,     izinkan aku menjadi manusia
                              agar aku tidak lupa

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22