Page 19 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 19
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Sazalee Yacob
RANGKAP 1
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Maksud
Penulis menghantar anak gadisnya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan
melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penulis
berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba ilmu dan
pengalaman baharu sebagai mahasiswa di sebuah universiti.
Persoalan
• Persoalan tanggungjawab bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak.
• Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti demi masa depannya.
• Persoalan perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara gading.
Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung
dan berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan tersebut.
Nilai
• Keberanian – Sebagai seorang bapa, penyajak berani melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di
bandar yang penuh cabaran.
• Tanggungjawab – Penyajak bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak
gadisnya.
Pengajaran
• Kita hendaklah berani memberi peluang kepada anak untuk menuntut ilmu di bandar yang penuh cabaran.
• Kita hendaklah bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak atau ahli keluarga.
RANGKAP 2
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Maksud
Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal
ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya mengenal pelbagai cabaran dalam kehidupan serta tabah
menghadapinya agar dapat berfikir dengan bijak dan matang.
Persoalan
• Persoalan keberanian seorang bapa yang melepaskan anaknya menghadapi cabaran hidup.
• Persoalan kebijaksanaan menyesuaikan diri dalam apa-apa juga keadaan.
azan ab latif GCBM KVWT 19

