Page 20 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 20

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               Nilai
               •  Keberanian  /  Keyakinan  -  Penyajak  berani    dan yakin  ketika  melepaskan  anak  gadis suntinya  sendirian
                  menghadapi cabaran dalam kehidupan.
               •  Kebijaksanaan -  Penyajak berharap anak gadis suntinya bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar
                  dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan.

               Pengajaran
               •  Kita mestilah berani  dan berani melepaskan anak-anak untuk menuntut ilmu sendirian dan menghadapi
                  cabaran dalam kehidupan.
               •  Kita  hendaklah  bijak  menyesuaikan  diri  dalam  apa-apa  keadaan  agar  dapat  menghadapi  cabaran  dalam
                  kehidupan dengan mudah.

               RANGKAP 3
               Di awan kampus yang sarat ilmu
               hadir sihir angin bernafas api
               di pohon kampus yang tegar status
               berceracak selumbar noda mengabur fikir
               di padang kampus yang hijau pertimbangan
               tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

                 Maksud
                 Penyajak menyatakan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh
                 anak  gadisnya.  Walau  bagaimanapun,  penyajak  beranggapan  bahawa  banyak  pengaruh  negatif  kampus
                 sedangkan pelajarnya masih mentah dalam membuat pertimbangan. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap
                 agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan
                 sikap sombong yang merosakkan budi bahasa.

               Persoalan:
               •  Kehidupan di kampus yang penuh cabaran.

               Nilai
               •  Rasional /  Bijaksana / Hemah tinggi  – Penyajak berharap anak gadisnya  bersikap rasional /  bijak /  menjaga
                  budi pekerti dan tidak bersikap ego  walaupun sudah bergelar seorang mahasiswa.

               Pengajaran
               •  Kita haruslah rasional / bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran
                  dalam kehidupan.
               •  Janganlah kita bersikap sombong sehingga menghilangkan budi pekerti yang baik.

               RANGKAP 4
               Pandai-pandailah kau terbang
               menongkah awan mulus dan kabus dingin
               jangan kau pulang
               dengan percikan duka dan balutan luka
               di sayapmu yang patah.

                  Maksud
                  Penyajak  menasihati  anak  gadis  suntinya  agar  pandai  membawa  diri  dalam  mengharungi  kehidupan  di
                  universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kedukaan dan kekecewaan.

               Persoalan
               •  Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak yang bergelar mahasiswa.

               Nilai
               •  Tanggungjawab - Penyajak sebagai bapa bertanggungjawab memberikan nasihat kepada anak gadisnya yang
                  berada jauh di kampus agar pandai menjaga diri dan pulang dengan kejayaan.

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25