Page 3 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 3
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
ISTILAH ASPEK-ASPEK SASTERA
1. SINOPSIS
Ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat persoalan, tema, mesej, nilai dan latar masyarakat dalam sesebuah
karya.
2. TEMA
Persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Tema berdasarkan
pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.
3. PERSOALAN
Perkara atau hal-hal sampingan yang dikemukakan dalam sesebuah karya bagi memantapkan tema.
4. PLOT
Susunan atau rentetan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa mungkin disusun mengikut
urutan (kronologi) atau songsang bergantung kepada daya kreativiti pengarang. Terdapat lima jalinan
peristiwa dalam sesebuah plot, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.
a. Permulaan
Pengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti watak
atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.
b. Perkembangan
Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik.
c. Perumitan
Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dengan menggunakan pelbagai
teknik plot bagi menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.
d. Puncak
Merupakan saat ketegangan bagi bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda
tanya kepada pembaca akan terjawab.
e. Peleraian
Bahagian pengarang menyudahkan cerita. Segala kekusutan akan terlerai.
TEKNIK PLOT
Cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Pengarang menyusun atur peristiwa-peristiwa yang
dialami oleh watak-watak dengan mengaitkan latar masa, tempat, pemikiran dan aksi watak-watak.
Kepelbagaian teknik plot dapat memancing minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
a. Imbas kembali
Cara watak mengingati kisah yang pernah dilalui secara langsung. Disampaikan kepada pembaca melalui
lamunan watak atau watak bercerita kepada watak lain.
b. Imbas muka
Bayangan, gambaran atau ramalan peristiwa yang akan berlaku. Teknik ini digunakan untuk memberi
gambaran awal kepada pembaca.
c. Dialog
Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih watak tentang sesuatu perkara.
azan ab latif GCBM KVWT 3

