Page 6 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 6

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                   Nada
                   Perasaan  atau  emosi  pengarang  atau  penyajak  yang  mempengaruhi  bunyi  dari  segi  tinggi  rendahnya
                   tekanan suara.
                   (a)   melankolik (sedih, sayu, mendayu-dayu)
                   (b)   romantik (tenang, gembira)
                   (c)   patriotik (penuh semangat perjuangan),
                   (d)   sinis (tidak senang)
                   (e)   protes (marah, kecewa, dendam)

                   Gaya Bahasa Lain
                   (a)   Diksi iaitu pemilihan kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat.
                   (b)   Penggunaan bahasa seharian (dialek) dan bahasa asing.
                   (c)   Penggunaan peribahasa, ayat pendek dan ayat panjang.


               8. NILAI
                  Nilai merujuk kepada sifat positif yang ditunjukkan melalui sifat-sifat watak, seperti berani, setia, jujur, kasih-
                  sayang dan sebagainya.
                  Contoh  nilai  kemanusiaan  (semua  nilai  murni)  :  baik  hati,  jujur,  bijaksana,  yakin  diri,  mesra,  berani,
                  bertanggungjawab, tegas, bersih, tabah, sabar,  dan sopan.
                  Contoh  nilai  kemasyarakatan  :  tolong-menolong/bekerjasama,  taat  setia,  adil,  simpati,  hormat-
                  menghormati, patriotik, tanggungjawab, unsur kekeluargaan, unsur cinta dan kasih sayang. Dalam KBSM,
                  terdapat 16 nilai murni yang perlu diketahui dan difahami oleh murid.


               9. PENGAJARAN
                  Pengajaran merupakan mesej atau amanat pengarang yang diharap akan menjadi teladan kepada pembaca
                  melalui peristiwa yang berlaku dalam novel. Pengajaran biasanya menyuruh kepada perkara baik (haruslah)
                  dan melarang pembaca melakukan perkara yang merugikan ( janganlah ).


              10.SUDUT PANDANGAN

                  a. Sudut pandanan orang pertama
                      Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dengan menjadi watak utama atau watak
                    sampingan dengan gaya Aku. Jalan cerita dibawa sendiri oleh watak Aku.

                  b.  Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
                     Pengarang bersikap serba tahu dengan mengisahkan cerita melalui watak lain menggunakan kata ganti
                     nama diri orang ketiga, iaitu dia dan mereka atau nama sebenar watak.

                  c.  Sudut pandangan orang ketiga terbatas
                     Pengarang hanya memilih watak tertentu sahaja dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak
                     lain diceritakan sedikit sahaja.

                  d.  Sudut pandangan objektif
                     Pengarang tidak terlibat dalam cerita dan menyerahkan kepada pembaca membuat penilaian sendiri
                     terhadap cerita tersebut.








                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11