Page 8 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 8

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               Persoalan
               •  Persoalan tentang kerajinan dan ketekunan dalam menuntut ilmu.

               Nilai
               •  Ketekunan,  kerajinan  -  Kita  dinasihatkan  agar  tekun  dan    rajin  belajar  untuk  menambahkan  ilmu  dan
                  kemahiran.

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah rajin dan tekun dalam menuntut ilmu dengan sempurna agar ilmu bertambah dan
                  memberikan manfaat kepada kita.

                                                DUNIA PERGAULAN -  Maksud
                Dunia ini taman pergaulan,             Dunia  merupakan  tempat  untuk  bergaul  dan  berinteraksi
                Hendaklah pilih sahabat dan taulan.    serta mencari rakan yang sesuai.
                Manusia dikenal sifat budinya,         Seseorang  manusia  dapat  dikenali  melalui  budi  bahasanya
                Dengan dilihat siapa kawannya.         dan melalui pergaulannya.
                Burung yang sama corak dan bulu,       Sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama
                Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.      dalam  pelbagai  aktiviti  kehidupan  dan  sentiasa  bersama  di
                                                       mana-mana sahaja.

               Persoalan
               •  Persoalan tentang kebijaksanaan memilih sahabat dan rakan dalam pergaulan.

               Nilai
               •  Kebijaksanaan – Kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia ini.
               •  Setia  kawan  –  Seorang  sahabat  yang  baik  akan  sentiasa  bersama-sama  mendorong  rakannya  ke  arah
                  kebaikan.

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah bijak memilih rakan yang  baik dan kekal bersama-sama mereka agar mendapat manfaat
                  daripadanya.

                                               SIFAT-SIFAT YANG BAIK - Maksud
                Jikalau kamu bersifat budiman,        Seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan
                Dipandang sebagai bunga di taman.     dihormati oleh ahli masyarakat.
                Jikalau kamu bersifat dermawan,       Seseorang yang murah hati dan suka menderma akan
                Segala orang dapat kautawan.          mendapat perhatian daripada masyarakat.
                Jikalau kamu bersifat pemurah,        Seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat
                Segala manusia datang menyerah.       kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.

               Persoalan
               •  Persoalan tentang sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.

               Nilai
               •  Baik hati, murah hati - Kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.

               Pengajaran
               •  Kita hendaklah bersikap budiman dan murah hati agar disayangi dan dihormati oleh masyarakat.

                                              PERBUATAN YANG BAIK - Maksud
                Barang siapa berbuat jasa,            Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung
                Mulia namanya segenap masa.           dan dikenang sepanjang zaman.
                Menolong sesama wajib dan perlu,      Kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan
                tetapi tolonglah dirimu dahulu.       bantuan kepada orang lain.



                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13