Page 7 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 7

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                                             BEBERAPA PETUA HIDUP
                                                       Za’ba


                                                  FIKIR DAN KATA  - Maksud
                Kurang fikir kurang siasat,            Orang  yang  kurang  berfikir  dan  kurang  mengkaji  pasti
                Tentu dirimu kelak tersesat.           hidupnya akan tersalah langkah.
                Fikir dahulu sebelum berkata,          Manusia mestilah berfikir sebelum berkata-kata  agar dapat
                Supaya terelak segala sengketa.        mengelakkan   sebarang   perselisihan   faham   atau
                                                       persengketaan sesama manusia.
                Perkataan tajam jika dilepas,          Kata-kata  yang  kesat  dan  kurang  sopan  jika  diujar  akan
                Ibarat beringin, racun dan upas.       menyakitkan hati dan melukakan perasaan orang lain.
                Kalau mulut tajam dan kasar,           Seseorang yang kasar dalam pertuturan boleh menyebabkan
                Boleh ditimpa bahaya besar.            dirinya ditimpa pelbagai masalah.

               Persoalan
               •  Persoalan tentang menjaga adab percakapan sesama insan.

               Nilai
               •  Rasional – kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan tersalah arah
                  dalam membuat keputusan.
               •  Kesopanan /  hemah tinggi  – Kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati orang
                  lain.

               Pengajaran
               •  Kita  hendaklah  sentiasa  rasional  sebelum  melakukan  sesuatu  agar  tidak  mendatangkan  masalah  dalam
                  membuat keputusan.
               •  Kita hendaklah menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati orang lain.
               •  Kita janganlah menggunakan bahasa yang kasar kerana boleh menjejaskan perhubungan antara kita.

                                                 SILANG SENGKETA - Maksud
                Siapa menggemari silang sengketa,      Sesiapa yang suka berselisih faham dalam hidup, dia akan
                Kelaknya pasti berdukacita.            diselubungi kesedihan
                Silang selisih jangan dicari,          Kita jangan sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain
                Jika tersua janganlah lari.            dan setiap perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya
                                                       dielakkan.

               Persoalan
               •  Persoalan tentang keburukan perselisihan faham  antara manusia.

               Nilai
               •  Hemah tinggi  – Kita perlu mengelak daripada bersengketa.
               •  Bertanggungjawab – Kita perlu menyelesaikan persengketaan yang berpunca daripada kita.

               Pengajaran
               •  Kita janganlah suka bersengketa kerana kita juga yang akan rugi dan bersedih.
               •  Kita hendaklah menyelesaikannya sesuatu  perselisihan yang timbul jika perkara tersebut berpunca daripada
                  kita  agar tidak berpanjangan.

                                                      ILMU - Maksud
                Jikalau ilmu tiada sempurna,           Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan atau tidak
                Tiada berapa ia berguna.               sempurna, ilmu tersebut tidak akan berguna dalam
                                                       kehidupan.
                Ilmu kepandaian boleh dikejar,         Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya kita belajar
                Asal mahu rajin belajar.               dengan rajin dan tekun.

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12