Page 4 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 4

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

                  d.  Saspens
                     Ketegangan yang diwujudkan oleh pengarang untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap
                     sesuatu peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan tertanya-tanya dan akan terus membaca
                     karya tersebut.

                  e.  Kejutan
                     Perubahan atau keadaan tingkah laku dan pemikiran watak yang dilakukan oleh pengarang bertentangan
                     dengan jangkaan pembaca. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka.

                  f.  Monolog
                     Monolog  dalaman  -  Kata-kata  yang  diucapkan  dalam  hati  watak,  tanpa  didengar  oleh  sesiapa  pun.
                     Monolog luaran -  Pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri.
                     Watak yang bermonolog selalunya berdepan dengan konflik pemikirannya sendiri.

                  g.  Pemerian
                     Pemerian  ialah  pengarang  menceritakan  watak-watak,  latar  dan  aksi  watak  serta  pemikiran  mereka
                     secara langsung. Teknik ini membantu pembaca memahami sesuatu keadaan.

               5.  WATAK DAN PERWATAKAN

                  Watak :
                  Tokoh yang mendukung dan menggerakkan sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan
                  bukan manusia.

                  Jenis Watak :
                  Watak boleh dibahagikan kepada watak utama, watak sampingan, watak hitam, watak putih, watak bulat
                  atau bundar, watak pipih, watak dinamis dan watak statis.

                  Perwatakan :
                  Perwatakan  bermaksud  teknik  seseorang  pengarang  menggambarkan  dan  melukiskan  sesuatu  watak
                  dengan melihat sifat luaran dan dalaman watak.

                  Perwatakan luaran merujuk kepada sifat fizikal seperti tinggi, bermisai tebal, cantik dan lain-lain. Perwatakan
                  dalaman merujuk kepada sikap atau sifat kejiwaan seperti rajin, baik, cinta akan negara, amanah, pemarah,
                  tegas dan sebagainya.


               6.  LATAR
                  Semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya
                  cereka.

                  Latar Tempat
                  Merujuk kepada tempat dan persekitaran sesuatu peristiwa itu berlaku dalam sesebuah cerita.

                  Latar Masa
                  Menerangkan waktu atau masa kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta zamannya.

                  Latar Masyarakat
                  Menjelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya. Latar masyarakat yang menyentuh tentang
                  pekerjaan, agama, kepercayaan, amalan, sikap dan sebagainya



               7.  GAYA BAHASA
                  Cara pengarang mengolah cerita menggunakan bahasa yang dikuasainya. Selalunya pengarang menggunakan
                  pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9