Page 78 - TPP JPNP
P. 78

TRANSFORMASI JPN












                    Perancangan  dan  inisiatif  ini  menekankan  kekuatan            Membudayakan  Kepimpinan  dan  Pengurusan
                    peribadi pegawai,  kecekapan,  kualiti dan  kelestarian           Berkesan
                    serta  kejayaan  yang  dapat  dilihat  dalam  tempoh
                    tertentu. Oleh itu, inisiatif ini amat bergantung kepada          Sebagai peneraju, kemampuan optimum kepimpinan
                    individu  (pegawai)  untuk  menggunakan  ilmu  yang               amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan yang
                    diberikan  serta  tahu  dan  boleh  meningkatkan                  sistemik  dan  sistematik  berlaku  di  peringkat  daerah
                    standard  kualiti  diri,  menyemarak  dan  menyokong              dan di sekolah. Pelaksanaan semua bentuk tindakan
                    untuk  membangun  kompetensi  diri  ke  arah                      dan  aktiviti  yang  sistemik  dan  sistematik  mampu
                    kecemerlangan.                                                    melahirkan pasukan kerja yang cemerlang. Pemimpin
                                                                                      diberikan    latihan   yang    secukupnya      mengikut
                                                                                      bahagian      masing-masing.      Transformasi      yang
                                                                                      menyeluruh  memerlukan  penambahbaikan  dalam
                                                                                      keupayaan  melaksanakan  program-program  yang
                                                                                      menyokong dasar KPM.





                                             Pegawai Berinisiatif





                                                                                                     Budaya Kerja Sistemik dan Sistematik
                    Strategi berikut perlu digerakkan secara intensif bagi
                    memastikan transformasi JPNP dapat dijayakan.                     Peranan  dan  tanggungjawab  setiap  pegawai  JPN
                                                                                      perlu  difahami  oleh  semua  pihak  bagi  memastikan
                      Memperkukuh                                                     mereka  berperanan  di  tempat  yang  betul  dan
                     integriti dan                    Membudayakan                    memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.
                     kompetensi                       kepimpinan dan
                        personal                      pengurusan berkesan


        Memberikan khidmat                                 Melestarikan

        sokongan kepakaran                                 persekitaran bekerja

               kepada PPD                                  yang kondusif

                                                                                                      Kepimpinan dan
                            Memperkukuh jaringan dan jalinan                                     Pengurusan Berkesan



         59         Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83