Page 90 - TPP JPNP
P. 90
GLOSARI
Holistik
Bersepadu, menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.
Dalam pendidikan, holistik bermaksud meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Iltizam
1. Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu; komitmen.
2. Penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk
melakukan sesuatu.
IPTA
Institusi Pengajian Tinggi Awam.
IR4.0 (Industrial Revolution 4.0 )
IR4.0 ialah nama yang diberi kepada trend automasi dan pertukaran data yang terlibat dalam teknologi pembuatan. Turut
digelar sebagai Revolusi Industri Keempat. Revolusi yang dimaksudkan di sini ialah fenomena kewujudan "kilang pintar".
"Kilang Pintar" ialah kilang atau perusahaan yang disokong oleh beberapa teknologi terkini seperti Cyber Physical Sistem (CPS),
Internet Of Things (IOT), Cloud Computing dan Cognitive Computing.
IR5.0 (Industrial Revolution 5.0)
Revolusi Industri 5.0 berpusat kepada kerjasama antara manusia dengan mesin; kecerdasan manusia bekerjasama secara
harmoni dengan pemahaman kognitif (congnitive computing) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Nilai-nilai
kemanusiaan bergabung dengan kecerdasan buatan (AI) bagi melestarikan kehidupan.
JERI
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
JPN
Jabatan Pendidikan Negeri.
Karisma
Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau
menjadi perangsang kepada khalayak ramai.
KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Kejeleketan
Melekat. Dari segi hubungan memberikan maksud erat dan sentiasa bersama-sama secara rapat/saling membantu atau saling
menyokong. Keeratan hubungan (yang sukar dipisahkan) dalam sesuatu kelompok.

