Page 91 - TPP JPNP
P. 91
GLOSARI
Kesepunyaan
Mempunyai sikap mendukung dan menjayakan sesuatu program/inisiatif sebagai sebahagian daripada milik setiap anggota
sesuatu organisasi. Perancangan strategik korporat misalnya melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini
akan mewujudkan rasa keterlibatan bersama-sama dalam kalangan anggota organisasi korporat tersebut.
Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan
bertujuan supaya semua individu berasa terlibat dan menjayakannya sebagai milik bersama. Tindakan menetapkan haluan
organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Kebiasaannya
perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangka masa sesuai
untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut supaya setiap
anggotanya berasa terlibat:
(i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat;
(ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai;
(iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai; dan
(iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan.
Kompeten
1. Cekap, layak, dapat melaksanakan tugas dengan sempurna.
2. Berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu.
Komuniti
Kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Sesuatu kelompok komuniti juga boleh dikategorikan mengikut
profesion (perubatan, keguruan, agama dsb.) atau mengikut aktiviti ekonomi yang dijalankan (peniaga, usahawan dsb.).
Kondusif
Sesuai, baik dan berkesan untuk membantu pencapaian objektif pelajaran. Persekitaran, kemudahan, keselesaan, bahan bantu
mengajar, alat bantu mengajar, kaedah mengajar yang sesuai semuanya membentuk persekitaran yang selesa/sesuai dalam
membantu murid-murid mencapai objektif pelajaran.
Konsultasi
Proses runding cara berasaskan data bagi mencapai kata sepakat tentang tindakan (intervensi) seterusnya untuk
penambahbaikan.
KPI
Key Performance Indicators / Petunjuk Prestasi Utama.
KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia.
LMS
Layak Mendapat Sijil (SPM). Sekurang-kurangnya mendapat Gred E bagi kedua-dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya semua mata pelajaran lain cemerlang/lulus tetapi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan/atau Sejarah gagal maka calon Tidak Layak Mendapat Sijil (TLMS) SPM.

