Page 93 - TPP JPNP
P. 93

GLOSARI











                   Pernyataan umum mengenai tahap-tahap penguasaan adalah seperti yang berikut:

                      TP1    Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons terhadap perkara yang asas.
                      TP2    Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi.
                      TP3    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi.
                             Murid  menggunakan  pengetahuan  dan  melaksanakan  sesuatu  kemahiran  atau  tugasan  iaitu  mengikut  prosedur  atau  secara
                      TP4
                             analitik dan sistematik.
                             Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut
                      TP5    prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
                             Murid  berupaya  menggunakan  pengetahuan  dan  kemahiran  sedia  ada  untuk  digunakan  pada  situasi  baharu  secara  analitik,
                      TP6    sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.


                   PdPR
                   Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

                   Pembelajaran Bermakna
                   Maklumat  yang  dipelajari  difahami  sepenuhnya  dan  boleh  dikaitkan/dihubungkan  dengan  pembelajaran  terdahulu  dan
                   menambahkan lagi pemahaman lanjut.

                   Pembelajaran Terbeza
                   Murid  belajar  secara  optimum  mengikut  aras  atau  situasi  murid.  Pembelajaran  Terbeza  mengambil  kira  tahap  pembelajaran
                   murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran.

                   Pemimpin Instruksional
                   Pemimpin sekolah (Pengetua/Guru Besar) yang bertindak mengikut tiga domain berikut:

                   i.   Mendefinisikan misi sekolah;
                   ii.  Mengurus program instruksional (pengajaran dan pembelajaran); dan
                   iii.  Mewujudkan iklim pembelajaran positif.

                   Pemimpin Instruksional mengutamakan 11 elemen berikut:

                   1.   Merangka matlamat sekolah;
                   2.   Menyampaikan matlamat sekolah;
                   3.   Penyeliaan dan penilaian instruksional;
                   4.   Menyelaras kurikulum;
                   5.   Memantau kemajuan murid;
                   6.   Mengawal waktu instruksional;
                   7.   Membudayakan perkembangan profesional;
                   8.   Mengekalkan ketampakan;
                   9.   Menyediakan ganjaran kepada guru;
                   10.  Penguatkuasaan standard akademik; dan
                   11.  Menyediakan insentif kepada murid.

                   Pemugaran
                   Proses atau tindakan untuk membaiki/memulihkan/menyegarkan kembali sesuatu kefahaman/kaedah kerja.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98