Page 92 - TPP JPNP
P. 92

GLOSARI











                   MBK
                   Murid Berkeperluan Khas merupakan murid-murid yang perlu diberikan tumpuan yang lebih khusus. Kategori murid MBK adalah
                   seperti yang berikut:
                   ●    Masalah pendengaran;
                   ●    Masalah penglihatan;
                   ●    Masalah pertuturan dan bahasa;
                   ●    Masalah mental/terencat akal;
                   ●    Masalah fizikal dan kesihatan;
                   ●    Masalah pembelajaran;
                   ●    Masalah emosi dan tingkah laku; dan
                   ●    Masalah pintar cerdas.

                   MLT
                   Middle Leadership Team (Pasukan Pemimpin Pertengahan): Ketua Bidang dan Ketua Panitia.

                       1
                   MTM
                   Menguasai Tahap Minimum (UPSR), mendapat sekurang-kurangnya gred D dalam kertas mata pelajaran yang diambil.

                       2
                   MTM
                   Melepasi Tahap Minimum; memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi kesemua kertas yang diambil dalam UPSR. Bagi murid
                   Sekolah Kebangsaan ada 6 kertas – Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Kefahaman, Bahasa
                   Inggeris  Penulisan,  Matematik  dan  Sains.  Murid  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  (Cina)/(Tamil)  boleh  mengambil  kertas  Bahasa
                   Cina/Tamil Kefahaman dan Bahasa Cina/Tamil Penulisan, menjadikan keseluruhannya 8 kertas.

                   NPQEL
                   National Professional Qualification for Educational Leaders / Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan.

                   OKU
                   Orang Kelainan Upaya.

                   PAK21
                   Pembelajaran Abad ke-21.

                   PBD
                   Pentaksiran  Bilik  Darjah.  PBD  merupakan  pentaksiran  yang  berterusan  dalam  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi
                   mendapatkan  maklumat  tentang  perkembangan,  kemajuan  dan  kebolehan  serta  pencapaian  murid.  PBD  mengukur  dan
                   mengutamakan  kemajuan  setiap  murid  dari  semasa  ke  semasa  sesuai  dengan  perkembangan  penyampaian  kurikulum.  PBD
                   dapat  membantu  para  guru  untuk  membuat  diagnostik  secara  individu/menyeluruh  bagi  menentukan  langkah-langkah
                   seterusnya untuk membantu murid menguasai/meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran.
                   Tahap Penguasaan (TP) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
                   merupakan  satu  bentuk  pernyataan  pencapaian  yang  menunjukkan  perkembangan  pembelajaran  murid.  Terdapat  enam
                   Tahap  Penguasaan  yang  menunjukkan  aras  penguasaan  yang  disusun  secara  hierarki  dan  digunakan  untuk  tujuan  rujukan
                   pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
                   ditetapkan dalam kurikulum.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97