Page 94 - TPP JPNP
P. 94

GLOSARI











                   Pencapaian Minimum
                   Takat penguasaan kemahiran terendah yang diiktiraf sebagai mencukupi untuk lulus.

                   Pendidikan Teradun
                   Kaedah pembelajaran yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan/atau tidak bersemuka dengan menggunakan
                   medium yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan.

                   Peralihan
                   Satu  rancangan  khusus  di  sekolah  menengah  yang  berfungsi  sebagai  perantaraan  demi  tujuan  melicinkan  proses  peralihan
                   bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada Bahasa Malaysia di sekolah menengah kebangsaan dan
                   sekolah menengah jenis kebangsaan.

                   PGB
                   Pengetua dan Guru Besar.

                   PIBG
                   Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

                   PIBKS
                   Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta. Inisiatif #9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)
                   yang  bertujuan  meningkatkan  pelibatan  ibu  bapa,  komuniti  dan  pihak  swasta  untuk  bekerjasama  dengan  sekolah  bagi
                   mempertingkatkan akademik dan memperkasa kepakaran serta menyokong keperluan kewangan sekolah.

                   PKPPD
                   Penarafan  Kecemerlangan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD).  PPD  dinilai  dari  aspek  kepimpinan,  organisasi  dan  keberhasilan
                   serta  ditentusahkan  (verifikasi)  pelaksanaannya  oleh  Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian  (BPSH),  Kementerian  Pendidikan
                   Malaysia  untuk  memberikan  penarafan  Tahap  1  –  5  (Tahap  5  –  terbaik)  kepada  PPD.  PKPPD  bertujuan  mempertingkatkan,
                   memperkasakan PPD dari segi akauntabiliti, kualiti pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan dan khidmat bantu.

                   PLC
                   Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community). Sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif secara
                   berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam merealisasikan kemenjadian murid. PLC berteraskan tiga konsep:

                   Focus – penekanan kepada kepentingan data, intervensi berfokus dan pemantauan berterusan.
                   Improve – mempercepat proses pembetulan dan penambahbaikan.
                   Share – Perkongsian pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik.

                   PNGK
                   Purata Nilai Gred Keseluruhan.

                   PPD
                   Pejabat Pendidikan Daerah.

                   PPPM
                   Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

                   PTE
                   Pusat Tingkatan Enam.
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99