Page 96 - TPP JPNP
P. 96
GLOSARI
TOT
Training of Trainers / Latihan Untuk Jurulatih.
TOV
Take Off Value.
TPK
Tahap Penguasaan Keseluruhan.
TPP
Transformasi Pendidikan Pahang.
TS25
Transformasi Sekolah 2025. Program TS25 memantapkan kepimpinan sekolah serta memaksimumkan potensi guru dan murid
menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta demi
kemenjadian murid.
Program Transformasi Sekolah 2025 ialah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
● Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
● Pelibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
● Kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
● Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi; dan
● Komitmen komuniti yang padu.
Menjelang tahun 2025, semua sekolah KPM akan selesai menjalani transformasi menjadi Sekolah TS25 melalui latihan tersusun
secara berperingkat.
TVET
Technical, Vocational, Education and Training. Mulai tahun 2020, murid-murid Tingkatan 4 boleh memilih belajar mata pelajaran
elektif TVET mengikut pakej tertentu.
Versatil
Serba boleh. Boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi (dan tugasan).
YDP
Yang Dipertua.

