Page 17 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 17

Kesilapan hendaklah diperbetulkan dan dilatih secara berulang-ulang. Perkara ini
                   penting dalam proses latihan.


                   Rehat mestilah diberi mengikut kesesuaian antara satu pelajaran dengan satu pelajaran,

                   terutama dalam proses kawad peringkat awal.


                   Apabila skuad dalam kedudukan rehatkan diri, jurulatih bolehlah menyoal skuadnya.
                   Pertanyaan itu bukan hanya berkenaan kawad tetapi apa saja sama ada berkaitan

                   dengan ilmu pengetahuan, pelajaran, nasihat, tujuan kehidupan, wawasan dan

                   sebagainya.

                   BAHAGIAN V


                   BAHASA HUKUMAN


                   Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik.

                   Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman.

                   Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa amaran" dan bahasa

                   perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan terang.


                   Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau
                   "bahasa perbuatan"    dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi

                   memisahkan kedua-dua perkataan ini.


                   Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa
                   amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa

                   berhenti seketika (“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara

                   satu sama lain berbeza; ada yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".

                   Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".


                   Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang jurulatih

                   hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan memberi dua kesan;

                   pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa
                   hukuman jika dibuat seperti berbual sahaja     akan hilang ketegasannya dan akan

                   menyebabkan kawad itu rosak.

                   BAHAGIAN VI
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22