Page 16 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 16
Anggota : ” satu ” ( berteriak dan laksanakan perbuatan )
4. Kawad hubungan - anggota dibahagikan secara berpasangan, seorang memberi
arahan dan seorang lagi melaksanakan perbuatan silih berganti.
5. Pengajar atau jurulatih memberi bahasa hukuman yang penuh, masa dan perbuatan
daripada anggota
Jurulatih : ” Bergerak ke kanan, kanan....................pusing.
Anggota : Melaksanakan pergerakan dengan penuh mengikut bahasa
hukuman daripada pengajar atau jurulatih.
BAHAGIAN III
MEMBETULKAN KESILAPAN
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh jurulatih hendaklah dibuat pembetulan sebelum
jurulatih itu meninggalkan padang kawad.
Sebarang teguran oleh pegawai yang lebih tinggi pangkatnya hendaklah didengar dan
dipatuhi. Walau bagaimanapun teguran itu hendaklah secara berhemah. Teguran itu
merupakan pengajaran dan pendidikan bagi memperbaiki dirinya.
BAHAGIAN IV
PROSES LATIHAN
Jika pengajaran atau ilmu kawad hendak disampaikan, pelatih-pelatih hendaklah
berdiri dan dapat melihat pergerakan jurulatih dengan jelas.
Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah jelas dan tepat. Jika perlu bolehlah diberi
penerangan tentang sesuatu pergerakan kawad yang dilakukan.
Untuk memudahkan pelatih-pelatih, lakukan demonstrasi sesuatu kawad itu
secara lengkap dan sempurna dengan mengikut masa serta hukumannya.
Demonstrasi hendaklah dilakukan secara latihan kawad dengan nombor. Ulasan
hendaklah diberi secara terperinci. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan, setelah
pelatih mahir barulah diajar pelajaran lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan
kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan semasa berkawad.

