Page 59 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 59
Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama
bawa tongkat ke kedudukan bimbit dan bawa tangan kiri ke rusuk kiri ke hadapan
sejauh 30 inci pacakkan tumit ( berteriak diam). Langkah kaki kanan ke hadapan
sejauh 30 inci, pacakkan tumit dengan masa yang sama lenggang tangan kiri ke
belakang dan tongkat ke hadapan dan terus berjalan 120 langkah satu minit.
2. Apabila dapat hukuman berhenti seperti biasa dengan betul dan buat pergerakan
rusuk tongkat dari bimbit dengan membilang masa 40 pergerakan seminit
Ingatan:
Kalau dalam berjalan tongkat dalam keadaan bimbit dan hendak ke belakang apabila
"check potong" bawa tongkat tegak ke hadapan bahu kanan siku rapat pada rusuk dan
apabila maju kaki kanan, bawa tongkat turun dan majukan kaki lenggang tongkat ke
hadapan dan seterusnya
Pelajaran 11
Berjalan - tongkat dalam keadaan bimbit dari kepit tongkat sampai kedudukan kepit
semua ( pertunjukan dan penerangan )
1.Apabila mendapat hukuman cepat jalan langkahkan kaki kanan sejauh 30 '' pacak
tumit kedudukan tongkat tidak berubaah ( berteriak tangkap diam ), langkah kaki kiri
kehadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama bawa tongkat dalam
kedudukan membawa tangan kiri rapat maju kaki kanan ke hadapan dengan masa
lengang tangan kiri ke belakang dan tongkat ke hadapan seberapa yang boleh dan
terus berjalan 120 langkah seminit.
2. Apabila dapat hukuman " henti ". Berhenti seperti biasa dengan betul dan buat dua
pergerakan kepit tongkat dari bimbit dengan membilang masa 40 pergerakan
seminit.
Ingatan:
Pergerakan ini boleh dilakukan berjalan dari keadaan rusuk tongkat. Apabila berhenti
sampai dalam kedudukan kepit tongkat. selalunya dilakukan semasa pergi berjumpa

