Page 23 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 23

Nilai ini adalah mencukupi untuk tujuan pengurusan Peperiksaan
                            PT3.


                            Sumbangan  Kecemerlangan  SPM  sebanyak  RM180.00  adalah
                            nilai  yang  munasabah  untuk  menampung  kos  pengurusan
                            program Peperiksaan SPM. Oleh itu, nilai tersebut dikekalkan bagi
                            tahun 2019.
                                                                                           Makluman

                6.3.6  Encik  Awang  Muhammad  memohon  penjelasan  mengapa  nilai

                            sumbangan  PIBG  perlu  dinaikkan  daripada  RM70.00  kepada
                            RM100.00.  Beliau  turut  menyatakan  sokongan  penuh  terhadap
                            sekolah untuk tujuan kebaikan murid-murid sekolah.

                            Maklum balas

                            YDP  PIBG  memaklumkan  bahawa  kutipan  sebenar  yang

                            diperoleh  daripada  sumbangan  PIBG  tidak  mencapai  100%.
                            Beliau menjelaskan nisbah kutipan wang PIBG adalah diantara
                            60%  -  70%  sahaja.  Banyak  faktor  yang  perlu  dipertimbangkan
                            oleh pihak sekolah terutamanya yang melibatkan kemampuan
                            murid.     Beliau    memaklumkan           banyak      program       yang
                            dirancangkan  sepanjang  tahun  tetapi  kewangan  tidak

                            mencukupi.
                                                                                           Makluman

                6.3.7 Encik Encik Mohamad Ali bin Mohd Nor menyatakan pendapat dan
                            menyokong  penambahan  nilai  sumbangan  PIBG  adalah  untuk
                            kebaikan bersama.
                            Beliau menyeru semua ibu bapa agar bersikap optimis dan positif
                            agar PIBG SMKPP9(2) bergerak aktif demi anak-anak.

                            Beliau  memohon  nilai  sumbangan  yang  munasabah  yang
                            mampu  bagi  semua  ditetapkan.  Beliau  juga  mencadangkan
                            nilai sumbangan PIBG bagi 2019 adalah RM80.00.

                            Maklum balas
                            YDP PIBG menerima cadangan nilai sumbangan PIBG RM80.00

                            untuk dibincangkan oleh ahli mesyuarat.
                                                                                           Makluman

                6.3.8  Puan  Mahani  mencadangkan  nilai  sumbangan  PIBG  sebanyak
                            RM50.00 bagi ibu bapa yang mempunyai seorang anak dan
                            RM70.00  bagi  anak  yang  lebih  daripada  seorang  yang
                            bersekolah di SMKPP9(2).


                                                                                                        22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28