Page 22 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 22
Tuan Pengetua memaklumkan cadangan penambahan nilai
sumbangan PIBG bagi tahun 2019 adalah RM100.00 tetapi belum
diputuskan. Beliau memohon agar lebih ramai ahli mesyuarat
untuk tampil mengemukakan cadangan dan pandangan
tentang perkara yang dibincangkan untuk mencapai kata
sepakat yang dipersetujui oleh semua pihak.
Makluman
6.3.5 Encik Hadi mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai ramai
anak dan bersekolah di sekolah yang berlainan hanya dikenakan
bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 dengan syarat minima
2 buah sekolah dan ibu bapa berkenaan mengemukakan surat
pengesahan.
Maklum balas
Tuan Pengetua menjelaskan terdapat 3 jenis kutipan sumbangan
yang dijalankan di sekolah iaitu;
1. Sumbangan PIBG,
2. Sumbangan Kecemerlangan PT3, dan
3. Sumbangan Kecemerlangan SPM.
Beliau menjelaskan cadangan penambahan nilai sumbangan
PIBG daripada RM70.00 kepada RM100.00 adalah untuk
memudahkan agihan sumbangan bagi menampung
aktivitiaktiviti sekolah iaitu;
25% - Pengurusan Kurikulum
25% - Pengurusan Kokurikulum
25% - Pengurusan HEM
25% - Pengurusan PIBG
Sumbangan PIBG dibayar dengan kadar per keluarga. Walau
bagaimanapun, terdapat juga murid yang tidak membayar
kerana beberapa faktor seperti keluarga berpendapatan
rendah (kurang RM3000.00 sebulan), anak yatim atau ibu
tunggal. Mereka mendapat pengecualian dengan syarat ada
mengemukakan dokumen yang sah.
Sementara sumbangan Kecemerlangan PT3 sebanyak RM180.00
dan cadangan pengurangan kepada RM150.00 bagi tahun 2019
pula dikenakan kepada murid-murid yang menduduki
peperiksaan PT3 untuk menampung kos bahan
bercetak/soalan/modul (kelas tambahan) dan penceramah.
21

