Page 21 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 21

Tuan  pengetua  menjelaskan  bahawa  baki  sumbangan  yang
                            dilaporkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi

                            tahun berakhir 31 Disember 2018  adalah tunggakan terkumpul
                            daripada sumbangan PT3 dan sumbangan PIBG yang dibayar
                            oleh murid semasa mengambil slip peperiksaan PT3 2018 pada 13
                            Disember  2018.  Selain  itu  beliau  juga  memaklumkan  bahawa
                            ada dikalangan guru-guru yang tidak menuntut bayaran bahan
                            untuk  program/aktiviti  kecemerlangan  PT3  yang  dijalankan
                            menyebabkan  wang  lebihan  sebanyak  RM29,161.55.  Walau

                            bagaimanapun,  beliau  menegaskan  bahawa  wang  tersebut
                            telah  digunakan  untuk  menampung  kos  program  yang  telah
                            dilaksanakan sejak awal tahun 2019 sehingga ke hari ini (9 Mac
                            2019).  Sebagai  contoh  pada  masa  sekarang  sedang
                            berlangsung  Sukan  Peringkat  Negeri  (MSWP  Putrajaya)  dan

                            Merentas Desa Peringkat Kebangsaan (Perlis). Seramai 36 orang
                            murid (atlet) mewakili sekolah SMKPP9(2) ke Peringkat Negeri dan
                            9 orang murid lagi ke Peringkat kebangsaan di Perlis, dan mereka
                            memerlukan dana untuk menampung kos pengurusan, makan
                            minum      dan     pengangkutan.        Beliau     memaklumkan         kos
                            perbelanjaan  adalah  sebanyak  RM50.00/hari/orang  bagi  atlet
                            yang menjadi wakil ke Peringkat Kebangsaan.

                                                                                           Makluman

               6.3.3  Encik  Mohamad  Ali  bin  Mohd  Nor  menyuarakan  tentang  sokongan
                      penuh  beliau  terhadap  sekolah  demi  kebaikan  anakanak.  Beliau
                      memaklumkan  bahawa  bayaran  sumbangan  PIBG  sama  ada
                      RM50.00 atau RM100.00 tidak ada masalah bagi beliau.


                            Beliau    turut   mencadangkan  kepada               ibu   bapa      yang
                            menghadapi  masalah  untuk  menjelaskan  sumbangan  agar
                            membuat  perbincangan  dengan  pihak  sekolah  untuk  cara
                            bayaran,  misalnya  2  kali  bayaran  atau  apa-apa  cara  yang
                            mudah.


               6.3.4  Puan Suhaida binti Sidek mengemukan cadangan beliau jika anak 1

                      orang sumbangan RM50.00, jika anak lebih daripada 1 sumbangan
                      RM70.00.  Beliau  memohon  tabung  kebajikan  untuk  membolehkan
                      bayaran ansuran. Beliau juga membuat saranan
                            agar  penyata  kewangan  diperincikan  dan  diperlukan  sebagai
                            rujukan.


                            Maklum balas

                                                                                                        20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26