Page 20 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 20

mesyuarat  merujuk  pada  helaian  muka  surat  37  hingga  39  (Buku
                      Laporaan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 sesi 2019/2020).

                                                                                           Makluman

               6.2    Tuan     Pengetua        meminta       ahli    mesyuarat       membahaskan
                      usul/cadangan  yang  dikemukakan  oleh  Encik  Mohd  Adzul  bin  Latif
                      pada  helaian  muka  surat  39  iaitu  berkaitan  permohonan  untuk
                      mengurangkan  bayaran  PIBG  bagi  tahun  2019.  Beliau  juga
                      menegaskan bahawa bayaran PIBG adalah merupakan sumbangan
                      dan bukannya yuran.

                                                                                           Makluman

               6.3    YDP  PIBG  memaklumkan  dan  menjelaskan  bahawa  untuk
                      mendapatkan  sumbangan  bukanlah  suatu  perkara  yang  mudah
                      kerana  keadaan  telah  berubah.  Walau  bagaimanapun  sekolah
                      memerlukan  dana  yang  mencukupi  untuk  membantu  menampung
                      keperluan sekolah.

                                                                                           Makluman

               6.3.1  Encik Mohd Albaqri mengemukakan cadangan untuk mengurangkan
                      nilai sumbangan PIBG daripada RM70.00 kepada RM50.00. Beliau turut
                      menyatakan kesukaran yang dihadapi oleh beliau untuk menjelaskan
                      sumbangan  PIBG  kerana  mempunyai  3  orang  anak  yang  masih
                      bersekolah di sekolah yang berlainan iaitu SMKPP9(1), SMKPP9(2) dan
                      SKPP9(2).


                            Maklum balas
                            YDP PIBG menjelaskan bahawa pihak sekolah amat memahami
                            kekurangan atau masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang
                            mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Ibu bapa yang
                            menghadapi  masalah  untuk  menjelaskan  sumbangan  boleh

                            mengemukakan           surat    kepada        pihak     sekolah      untuk
                            dipertimbangkan.
                                                                                           Makluman

               6.3.2  Encik  Mohd  Albaqri  memohon  penjelasan  tentang  rasional
                      penambahan  nilai  sumbangan  PIBG  daripada  RM70.00  kepada
                      RM100.00  bagi  tahun  2019,  sedangkan  baki  sumbangan  yang
                      dilaporkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun

                      berakhir 31 Disember 2018 adalah sebanyak RM29,161.55. Beliau juga
                      bertanya  mengapa  wang  sumbangan  masih  berbaki  atau  tidak
                      digunakan  sepenuhnya  pada  tahun  2018  memandangkan  wang
                      tersebut adalah sumbangan untuk tahun semasa (2018).

                            Maklum balas

                                                                                                        19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25