Page 16 - KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
P. 16

KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2



                   FOKUS                                                                  Rajah 2 berikut menunjukkan hubungan antara penaakulan moral,
                                                                                          emosi moral dan perlakuan moral yang boleh  membentuk insan
                   Fokus KSSM Pendidikan Moral  adalah untuk membentuk insan              yang berakhlak mulia.

                   yang berakhlak mulia. Pembentukan insan yang berakhlak mulia
                   ini  dapat direalisasikan  dengan menerapkan  tiga  domain moral        Rajah 2: Hubungan antara Penaakulan Moral, Emosi Moral dan
                   iaitu  penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam
                                                                                                   Perlakuan Moral
                   kalangan murid.


                   Domain  penaakulan  moral  membolehkan  murid  berfikir  sebelum

                   bertindak.  Emosi  moral  pula  akan  memotivasikan  murid  untuk
                   membuat  perlakuan  moral.  Dengan  ini  perlakuan  moral  seorang
                   murid akan menjurus ke arah insan yang berakhlak mulia.


                   Domain moral ini juga akan mendorong seorang murid membuat

                   pertimbangan  moral  (moral  judgement)  yang  sesuai,  tepat  dan
                   konsisten.  Pertimbangan moral merupakan aspek  utama dalam
                   pembentukan  moral  yang  membolehkan  murid  mengambil

                   sesuatu  tindakan  berasaskan  kepada  peraturan  atau  nilai
                   universal.











                                                                                        4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21