Page 21 - KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
P. 21
KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
PROFIL MURID PENERANGAN
Mereka membangunkan rasa ingin tahu
semula jadi untuk meneroka strategi dan idea
baru. Mereka mempelajari kemahiran yang
Bersifat Ingin diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan
Tahu penyelidikan, serta menunjukkan sifat
berdikari dalam pembelajaran. Mereka
menikmati pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat secara berterusan.
Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan,
adil dan menghormati maruah individu,
Berprinsip kumpulan dan komuniti. Mereka
bertanggungjawab atas tindakan, akibat
tindakan serta keputusan mereka.
Mereka mendapatkan pengetahuan dan
membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
Bermaklumat pengetahuan.Mereka meneroka pengetahuan
dengan cekap dan berkesan dalam konteks
isu tempatan dan global. Mereka memahami
isu-isu etika atau undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.
Mereka menunjukkan empati, belas kasihan
dan rasa hormat terhadap keperluan dan
Penyayang perasaan orang lain. Mereka komited untuk
atau Prihatin
berkhidmat kepada masyarakat dan
memastikan kelestarian alam sekitar.
Mereka mempamerkan kasih sayang,
Patriotik
sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
9

