Page 135 - SK Tahun 6 Sains
P. 135
KELAJUAN
Kelajuan mempunyai kaitan dengan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek
dan tempoh masa yang diambil. Oleh itu, kelajuan boleh dikira dengan cara
membahagikan jarak yang dilalui kepada masa yang diambil. Kelajuan boleh
dikira dengan menggunakan rumus di bawah.
Jarak
Kelajuan =
Masa
Perhatikan situasi di bawah.
Kereta api ini mengambil
masa 2 jam untuk
bergerak sejauh 200 km.
Berapakah kelajuannya?
Jarak
Kelajuan =
Masa
200 km
=
2 jam
=100 km/j
Dalam acara balapan, Amir dapat berlari sejauh 100 meter
dalam masa 50 saat. Berapakah kelajuan larian Amir?
1. Sebuah motosikal mengambil masa 1 minit untuk bergerak sejauh
600 meter. Berapakah kelajuannya dalam unit m/s?
2. Seekor kura-kura bergerak dengan kelajuan 25 cm/s. Berapakah
jauhnya kura-kura boleh bergerak dalam masa 4 saat?
Kelajuan cahaya bergerak lebih cepat daripada kelajuan bunyi. Jadi semasa
berlakunya ribut petir, kamu akan melihat pancaran kilat sebelum bunyi petir
o
dapat didengar. Kelajuan bunyi ialah 344 m/s dalam udara pada suhu 20 C.
127

