Page 136 - SK Tahun 6 Sains
P. 136
Google Maps
Tujuan Menentukan kelajuan dengan menggunakan capaian aplikasi Google Maps
Alat dan Bahan Komputer dan talian Internet
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini secara individu.
2. Layari Google Maps pada alamat www.google.com.my/maps.
3. Dapatkan maklumat jarak dan masa perjalanan secara berkenderaan dan
berjalan kaki dari rumah ke pusat bandar yang terdekat.
4. Kaedah menggunakan Google Maps ditunjukkan seperti yang berikut.
pilih cara perjalanan
isi maklumat lokasi permulaan
dan destinasi yang ingin dituju
pada ruangan ini
pilih cadangan
laluan perjalanan
5. Kira kelajuan setiap perjalanan tersebut
dengan menggunakan rumus yang Perjalanan Jarak Masa Kelajuan
telah kamu pelajari. Kereta
6. Rekod jarak, masa dan kelajuan
bagi setiap perjalanan dalam jadual Jalan kaki
di sebelah.
7. Bandingkan kelajuan yang didapati daripada Google Maps dengan
kelajuan yang dikira menggunakan rumus.
Bagaimanakah aktiviti di atas berguna dalam kehidupan harian kita?
128 7.1.4
7.1.5

