Page 138 - SK Tahun 6 Sains
P. 138

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

                1.  Carta palang di sebelah membandingkan masa yang diambil oleh tiga
                   orang murid yang berlainan untuk menamatkan perlumbaan sejauh
                   100 meter. Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat?
                   A.  Dina bergerak paling laju.                         Masa yang

                   B.  Amir bergerak lebih perlahan daripada               diambil (s)
                       Dina tetapi lebih laju daripada Lim.
                   C.  Lim bergerak lebih laju berbanding Dina dan Amir.
                   D.  Amir bergerak lebih laju daripada Lim tetapi                                Murid
                       lebih perlahan daripada Dina.
                                                                                 Dina  Lim Amir

                2.  Jadual di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis
                   kenderaan P, Q, R dan S dalam masa dua jam.
                    Kereta                            P     Q      R      S
                    Jarak yang dilalui (km)          170    190   150   200

                   Antara pernyataan berikut yang manakah betul?
                   A.  Q bergerak lebih laju daripada S.
                   B.  R bergerak lebih laju daripada P.
                   C.  Q bergerak lebih laju daripada P dan R.
                   D.  P bergerak lebih perlahan daripada R dan S.


                3.  Jadual di bawah menunjukkan jarak yang dilalui dan masa yang diambil
                   oleh tiga buah kenderaan.

                        Kenderaan         Jarak (km)       Masa (jam)
                            X                120                2
                            Y                300                3
                            Z                450                5

                    a)  Kenderaan yang paling laju ialah kenderaan _____
                    b)  Kenderaan X mempunyai kelajuan __________

                    c)  Kenderaan _____ bergerak lebih perlahan daripada kenderaan Y tetapi
                       lebih laju daripada kenderaan _____






               130
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143