Page 77 - SK Tahun 6 Sains
P. 77
INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
Persaingan antara
Tumbuhan Aktiviti 1
Menyiasat air sebagai faktor yang menyebabkan
Tujuan
persaingan antara tumbuhan
Alat dan 2 buah bekas plastik, 2 buah akuarium kecil, 2 keping jaring dawai,
Bahan 2 buah pasu kecil, tanah kebun, biji benih cili dan air
Langkah-langkah
1. Semai biji benih cili di dalam bekas plastik. A
2. Biarkan anak pokok tumbuh sehingga berumur seminggu.
3. Selepas seminggu, pilih anak pokok cili yang sama saiz.
4. Tanam 2 anak pokok ke dalam pasu A dan 10 anak pokok
ke dalam pasu B.
5. Susun alat dan radas seperti di sebelah.
B
6. Buat pemerhatian pertumbuhan akar pokok cili yang
keluar daripada bawah pasu selepas dua minggu.
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada akar anak-anak pokok cili?
2. Berikan inferens terhadap pertumbuhan akar anak-anak pokok cili tersebut.
3. Apakah faktor yang menyebabkan persaingan antara anak-anak pokok cili ini?
Aktiviti 2
Menyiasat cahaya sebagai faktor yang menyebabkan
Tujuan
persaingan antara tumbuhan
Alat dan Bahan Pasu, tanah kebun, biji benih cili, kotak dan air
Langkah-langkah
1. Semaikan 10 biji benih cili ke dalam
pasu yang berisi tanah kebun.
2. Biarkan anak-anak pokok cili tumbuh
lubang
selama seminggu.
3. Tebuk lubang kecil di bahagian atas kotak.
4. Tutup anak-anak pokok cili dengan kotak.
5. Siram anak pokok menggunakan tiub air yang
dimasukkan ke dalam lubang setiap hari.
6. Buat pemerhatian selepas dua minggu.
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada pucuk anak-anak pokok cili?
2. Berikan inferens tentang pertumbuhan pucuk anak-anak pokok cili.
3. Apakah yang dapat dinyatakan berdasarkan pemerhatian kamu? 69

