Page 78 - SK Tahun 6 Sains
P. 78

Aktiviti 3


                           Menyiasat ruang sebagai faktor yang menyebabkan persaingan
                 Tujuan
                           antara tumbuhan

                Alat dan Bahan     2 buah bekas plastik, tanah kebun, biji benih cili dan air

                Langkah-langkah

                1.  Semaikan 20 biji benih cili dengan jarak yang rapat, iaitu kira-kira 5 mm
                   di dalam bekas plastik A yang berisi tanah kebun.
                2.  Semaikan 20 biji benih cili dengan jarak 5 cm di dalam bekas B.
                3.  Siramkan air yang sama banyak setiap hari. Biarkan
                   anak-anak pokok tumbuh selama 3 minggu.
                4.  Buat pemerhatian terhadap kadar pertumbuhan
                                                                               A
                   anak-anak pokok cili tersebut.


                  1.  Apakah pemerhatian yang dapat kamu buat
                     ke atas kadar pertumbuhan biji benih cili?
                  2.  Nyatakan inferens kamu ke atas pemerhatian                B
                     yang telah kamu buat.

                                                                               Aktiviti 4

                          Menyiasat nutrien sebagai faktor yang menyebabkan persaingan
                 Tujuan
                          antara tumbuhan

                Alat dan Bahan 2 buah bekas plastik, tanah kebun, baja, biji benih cili dan air

                Langkah-langkah

                1.  Semaikan 10 biji benih cili di dalam dua bekas A dan B dengan jarak 5 cm.
                2.  Biarkan anak pokok cili tumbuh sehingga seminggu.
                3.  Siram biji benih cili setiap hari dengan jumlah air yang sama banyak.
                4.  Taburkan baja sehingga rata pada sekeliling anak-anak pokok di dalam bekas B.
                5.  Buat pemerhatian ke atas pertumbuhan anak pokok cili di dalam bekas A dan B
                   selepas dua minggu.
                                                                           tanpa baja


                 1.  Apakah yang dapat kamu perhatikan ke atas
                                                                                   A
                     pertumbuhan anak-anak pokok cili?
                 2.  Berikan inferens yang dapat dibuat daripada
                     pemerhatian kamu.                                     tambah baja
                 3.  Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan
                     tumbesaran antara anak-anak pokok cili kamu?
               70                                                                  B
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83