Page 28 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 28
Penjaring Tangkas
Penjaring Tangkas
Asraf, Paul dan Nurfarhana terkenal sebagai penjaring tangkas. Asraf sedang
bermain dalam permainan tangkas jaring. Nurfarhana pula sedang bermain
permainan jaringan lob. Kedua-duanya sedang berusaha gigih untuk menjaringkan
gol dan mendapatkan mata bagi pasukan masing-masing. Mereka perlu bergerak
tangkas agar pengadang dapat ditewaskan. Paul yang sedang bermain dalam
permainan sentuh junam, berusaha mendapatkan mata bagi pasukannya. Dia
berlari pantas dan tangkas untuk melepasi pemain lawan dan menyentuhkan bola
pada garisan sentuh.
Saya perlu
bekerjasama dengan
rakan sepasukan
untuk menghasilkan
jaringan.
Saya perlu tangkas
bergerak seperti Asraf
untuk mengelirukan
pengadang dan
menjaringkan gol.
Apakah strategi kamu untuk
melepasi pengadang dan Elakkan merempuh pemain
menjaringkan gol? lawan atau pengadang agar
tiada yang tercedera.
Nota Guru Permainan tangkas jaring
Nota Guru
Cara bermain permainan tangkas jaring.
C
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan pasukan penyerang dan pasukan pertahanan.
3. Penyerang memulakan serangan dari bahagian tengah gelanggang ke kawasan gol.
4. Pasukan pertahanan akan bertahan di hadapan kawasan gol.
5. Tukar peranan selepas 3 kali percubaan menjaringkan gol.
6. Jika berjaya menjaringkan gol, 1 mata diperoleh.
7. Pasukan yang berjaya memperoleh 3 gol terlebih dahulu ialah pemenang.
20

