Page 30 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 30
Pemintas Pantas
Pemintas Pantas
Dawan berusaha bersungguh-sungguh memintas bola lawan dalam permainan
pantas pintas. Dawan perlu meramal arah pergerakan bola supaya dia dapat
memintas pergerakan bola tersebut dengan pantas. Seterusnya, Dawan perlu
menghantar bola kepada rakan sepasukan yang berada di posisi yang sesuai.
Saya perlu bergerak
mencari ruang supaya
boleh memintas bola
yang dihantar.
garisan
gol
Adakah
saya boleh Kepada
melakukan siapakah yang
try? paling sesuai
untuk saya
hantar bola?
Permainan pantas pintas
I N F O R M A S I
Try ialah tindakan penyerang
meletakkan atau menyentuhkan
Bagaimanakah cara untuk memintas bola ke permukaan tanah selepas
hantaran bola pihak lawan?
garisan gol (garisan belakang)
pasukan pertahanan.
Nota Guru
Nota Guru
Cara bermain permainan pantas pintas.
C
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan pasukan penyerang dan pasukan pertahanan.
3. Penyerang membawa bola dan melakukan hantaran antara satu sama lain.
4. Pertahanan akan memintas bola yang dihantar lawan, mengawal dan menghantar bola kepada rakan yang
berada di posisi yang sesuai.
5. Lakukan try apabila mendekati garisan sentuh. Jika berjaya, pasukan memperoleh 1 mata.
6. Penyerang boleh merampas semula bola dengan memintas bola daripada pasukan pertahanan sebelum
penyerang melakukan try.
1.6.4, 2.6.4, 5.4.2
22

