Page 29 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 29
kawasan D
Permainan jaringan lob
Bilakah pemasaan yang sesuai
untuk menjaringkan gol?
garisan
sentuh
Nota Guru
Nota Guru Permainan sentuh junam
C
Cara bermain permainan jaringan lob.
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Tentukan pasukan penyerang dan pasukan pertahanan.
3. Penyerang memulakan serangan dari luar kawasan D dan menghantar bola kepada rakan yang berada dalam
kawasan D dan menjaringkan gol.
4. Pasukan pertahanan perlu mengadang penyerang daripada cubaan menjaring.
5. Tukar peranan selepas 5 kali percubaan menjaring.
6. Pasukan yang memperoleh jaringan terbanyak ialah pemenang.
Cara bermain permainan sentuh junam.
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Tentukan pasukan penyerang dan pasukan pertahanan.
3. Penyerang memulakan serangan dari tengah gelanggang ke garisan sentuh.
4. Pasukan pertahanan menghalang serangan dengan menyentuh pemain yang mempunyai bola dengan dua
tapak tangan.
5. Pasukan penyerang memperoleh 1 mata jika berjaya menyentuhkan atau meletakkan bola di atas atau selepas
garisan sentuh.
6. Tukar peranan apabila tamat 3 percubaan. 1.6.6, 2.6.5, 5.4.4, 5.4.5
7. Pasukan yang memperoleh mata tertinggi ialah pemenang.
21

