Page 35 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 35

Pelantun Tepat
                      Pelantun Tepat

                 Selva menguasai kemahiran pukulan kilas dan pukulan hadapan. Oleh itu,
                 Selva mudah mengembalikan atau mematikan bola ke gelanggang lawan. Pihak
                 lawan pula pantas bertindak balas menerima bola dengan pelbagai kemahiran,
                 seperti pukulan hadapan, pukulan kilas dan smesy. Dengan kemahiran yang
                 dimiliki Selva, dia telah memenangi permainan tik tok, tik tok.





                     Kilas badan serentak
                    dengan ayunan tangan
                     untuk mendapatkan                                           Kilas badan untuk
                      kekuatan pukulan.
                                                                                menghasilkan daya
                                                                                agar bola melantun
                                                                                    ke sasaran.






























                                                        Permainan tik tok, tik tok

                                 Reka gelanggang permainan tik tok, tik tok dengan
                                 menggunakan meja yang dilapik papan lapis dan
                                 jaring di bahagian tengah.
                  Nota Guru
                  Nota Guru
                  Cara bermain permainan tik tok, tik tok.
                  1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil dan tentukan kumpulan melakukan servis dan kumpulan yang
                    membalas servis.
                  2. Kedua-dua kumpulan akan bergilir-gilir melakukan servis dan menerima servis.
                  3. Jika bola yang dihantar tidak melantun dalam petak lawan, penerima servis akan memperoleh 1 mata.
                  4. Kumpulan yang berjaya mematikan bola di petak lawan akan memperoleh 1 mata.
                  5. Kumpulan yang berjaya memperoleh 21 mata terlebih dahulu ialah pemenang.
                                                                              1.7.1, 1.7.3, 2.7.1, 2.7.2, 5.1.4
                                                                                                    27
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40