Page 55 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 55
Seni Bahasa
Utamakan Kebersihan Diri
Masak kari si ikan kaci,
Potong bersegi sayur umbut; rima akhir
Peralatan diri hendaklah suci,
Berus gigi dan sikat rambut.
Mawar mekar / disinari mentari,
Petik setangkai / si gadis desa;
Baju bertukar / setiap hari,
Tubuh memakai / baru selesa.
Kain lusuh bawa ke dapur,
Boleh dibuat pengalas kaki;
Kasut dibasuh kemudian berkapur,
Cantik dilihat tidak berdaki.
Rumpun pandan melindung telaga,
Daunnya lebat bertingkat-tingkat;
Seluruh badan bersih terjaga,
Barulah sahabat hendak mendekat.
Info Bahasa
Rima ialah bunyi yang sama pada huruf
atau kata akhir dalam sesuatu rangkap
pantun.
Jeda ialah hentian di tengah baris
Aktiviti pantun. Dalam pantun kedua di atas,
jeda ditandai dengan lambang /.
Melafazkan dan mengenal pasti ciri-ciri pantun.
Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti rima akhir dan jeda pantun.
Strategi: KB – Mencirikan KP: Verbal-linguistik 4.2.1 (ii)
46 EMK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal BA1: 54 47

