Page 59 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 59

Menulis


                             Minumlah Air untuk Cergas dan Cerdas

                  Air ialah komponen utama di dalam badan manusia. Kita

                  digalakkan untuk minum air kosong.
                       Jumlah air yang diminum bergantung pada keadaan cuaca

                  dan tahap fizikal seseorang. Kanak-kanak dan remaja yang
                  berusia antara empat hingga 18 tahun digalakkan untuk minum
                  enam hingga lapan gelas air sehari.

                       Kita perlu minum air dengan kerapnya walaupun tidak
                  berasa dahaga. Kanak-kanak yang kekurangan air akan lesu

                  dan mengantuk. Keadaan ini akan mengganggu tumpuan
                  mereka di dalam kelas. Oleh itu, minumlah air secukupnya
                  supaya badan cergas dan otak cerdas.

                  1. Mengapakah kita digalakkan untuk minum air kosong? ___ .

                  2. Bagaimanakah faktor usia seseorang mempengaruhi jumlah
                      air yang diminum? ___.
                  3. Mengapakah kita perlu minum air walaupun tidak berasa

                      dahaga? ___.
                  4. Bagaimanakah cara meningkatkan tumpuan murid ketika

                      berada di dalam kelas? ___.

                                                            (Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia)















                           Aktiviti





                  Membina dan menulis jawapan pemahaman.

                    Nota Guru    •   Bimbing murid memahami teks untuk menjawab soalan bercapah.
                                 Strategi: KB – Mensintesis      Pembelajaran Kontekstual –  3.2.2 (ii)
                                                                                          BA1: 60–61
                                 EMK: Nilai Murni – Rasional          Menilai dan mentaksir            51
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64