Page 56 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 56

Kata Adjektif Bentuk



                                                  Kemas di Dapur




























                    Jam segi tiga pada dinding menunjukkan pukul 1:30 tengah

                    hari. Hana membantu ibunya di dapur.
                        Dia mengumpulkan dan membuang sisa makanan

                    ke dalam tong sampah berbentuk silinder. Tong itu ditutup
                    dengan penutup bulat bagi menghindari bau busuk.

                        Ibu membasuh pinggan mangkuk dengan cecair pencuci
                    dan span yang berbentuk segi empat sama. Pinggan

                    mangkuk itu kemudian dibilas sehingga bersih.
                        Hana menyusun pinggan mangkuk itu di atas rak yang

                    berbentuk segi empat tepat. Terdapat pelbagai bentuk
                    pinggan mangkuk seperti ... .

                        Akhir sekali, dia mengelap meja  Info Bahasa
                    makan yang berbentuk ... .                                Kata adjektif bentuk ialah
                                                                              perkataan yang membawa maksud
                                                                              rupa bentuk sesuatu benda.
                             Aktiviti                                         Contoh:  bulat,  silinder,  lonjong,
                                                                              segi tiga.



                    Menggunakan kata adjektif bentuk mengikut konteks untuk bercerita.

                          Nota Guru   •   Bimbing murid mengenal pasti kata adjektif bentuk yang terdapat
                                          dalam teks.                                           5.1.3 (iv)
                 48                   Strategi: Mencirikan         Pembelajaran Kontekstual –   BA1: 55–56                                                                                                        49
                                      EMK: Nilai Murni – Kerajinan        Menghubungkaitkan
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61