Page 60 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 60

Seni Bahasa




                                            Jagalah Kesihatan Diri


                    Dari Kukup pergi ke Banting,                                 baris 1
                        Bawa ragi di dalam raga;                                 baris 2
                    Tidur cukup sangatlah penting,                               baris 3        rangkap

                        Bangun pagi lebih bertenaga.                             baris 4





                    Daun palas dianyam jemari,
                        Rendang dimasak berkuah santan;
                    Enam gelas air sehari,

                        Minumlah banyak demi kesihatan.






                                                      Terbang ligat si anak kumbang,

                                                           Terpikat warna putih melati;
                                                      Makanan berkhasiat lagi seimbang,

                                                           Tubuh sempurna cegah obesiti.








                    Enak rambutan semanis gula,

                        Berbuah lebat di Batu Pahat;
                    Dapatkan rawatan secara berkala,

                        Hidup hebat terjamin sihat.

                             Aktiviti




                    Mengenal pasti format penulisan pantun.


                          Nota Guru   •   Bimbing  murid  mengenal  pasti  format  penulisan  pantun  dan
                                          melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.  4.2.1 (iii)
                 52                   Strategi: KB – Mengecam                 KP: Verbal-linguistik  BA1: 62                                                                                                      53
                                      EMK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65