Page 35 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 35

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL   2020

                9.  Membantu Pengetua memeriksa buku-buku latihan murid dan membuat laporan tentang kerja-kerja guru dalam
                    bidangnya.
                10.  Memberi bimbingan kepada guru-guru baharu tentang sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, buku teks, ujian dan
                    hal-hal lain yang berkaitan.
                11.  Menyimpan dan memastikan stok dalam keadaan yang dikemas kini.
                12.  Membuat anggaran belanja tahunan bagi mata pelajarannya.
                13.  Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran jika perlu.
                14.  Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan ikhtiar untuk meningkatkan prestasi akademik.
                15.  Memastikan projek pameran berjalan licin untuk mata pelajaran masing-masing apabila diadakan pameran.
                16.  Merancang ujian bulanan dan peperiksaan sekolah yang berkaitan mata pelajaran masing-masing.
                17.  Menyelaras dan menyiapkan peraturan pemarkahan.
                18.  Menganalisa kertas soalan ujian kertas jawapan dan keputusan peperiksaan.
                19.  Membuat laporan penilaian akhir tahun dan menganalisa keputusan-keputusan Peperiksaan Awam (PT3/SPM)
                    mata pelajaran berkenaan selepas keputusan diumumkan.
                20.  Merancang dan meyelaras program-program panitia
                21.  Memantau dan mencerap guru-guru bawah tanggungjawabnya. (Sekurang-kurangnya sekali setahun.)
                22.  Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.


             5.8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA

                1.  Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang dikemas kini.
                2.  Menentukan dan mempertimbangkan prestasi guru-guru dalam panitia.
                3.  Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran yang  dikemas kini.
                4.  Bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan untuk mata pelajarannya.
                5.  Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam dan peperiksaan kertas-kertas jawapan.
                6.  Menganalisa  keputusan  peperiksaan  bagi  mata  pelajaran  berkenaan  dan  mengkaji  serta  mencari  jalan  untuk
                    memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan :
                                i.   Kelas-kelas tambahan.
                                ii.   Ceramah-ceramah menjawab soalan-soalan.
                               iii.   Peraduan-peraduan tertentu.
                               iv.   Kuiz.
                                v.   Bahas.
                               vi.   Kursus-kursus.
                7.  Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
                8.  Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baharu untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.
                9.  Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBINTI untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.
                10.  Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran-pameran jika ada.
                11.  Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan.
                12.  Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan peperiksaan untuk semakan dan rujukan.
                13.  Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti Sukatan Pelajaran Baharu, kaedah
                    pengajaran dan pembelajaran baharu jika ada.
                14.  Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar.
                15.  Mengadakan dan melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.
                16.  Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurang sepenggal sekali atau lebih kerap lagi jika perlu.
                17.  Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
                18.  Menjalankan tugas-tugas lain.
                19.  Menjadi ahli Majlis Kurikulum Sekolah.














                                                             34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40