Page 38 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 38
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
5.12 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU MATA PELAJARAN
1. Mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang akan diajar dan sukatan
pelajarannya.
2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk pengunaan ABM dan jujur semasa
menjalankan tugas.
3. Menyediakan Rancangan Pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam Buku Rekod Mengajar.
4. Merancang kerja rumah agar sesuai dengan kebolehan pelajar.
5. Memeriksa buku rampaian pelajar masing-masing.
6. Menghantar buku latihan murid kepada Guru Kanan Mata Pelajaran berkenaan apabila dikehendaki berbuat
demikian.
7. Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar.
8. Menyediakan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan mengikut cara pemarkahan
yang ditentukan oleh sekolah atau Guru Kanan Mata Pelajaran.
9. Memberikan markah-markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.
10. Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran.
11. Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar.
12. Menanam semangat kepemimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar-pelajar.
13. Mengadakan kelas-kelas tambahan jika perlu.
14. Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran.
15. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri atau
sekolah.
16. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat panitia yang diadakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.
17. Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkan penyelewengan.
18. Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuan meningkatkan prestasi
pengajaran dan pembelajaran.
19. Menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi pelajar-pelajar yang lemah.
20. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua
pada tiap-tiap hari Jumaat.
5.13 TUGAS PENYELARAS PERSATUAN AKADEMIK DAN KELAB SUKAN
1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Persatuan dan Kelab Kokurikulum masing-masing sekurang-
kurangnya sekali semester.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
3. Menyerahkan jadual perjumpaan/aktiviti kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk tujuan penyelarasan.
4. Memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dijalankan dengan sempurna.
5. Memastikan setiap unit Kokurikulum menyediakan laporan selepas setiap aktiviti dijalankan. Sebagai contoh
selepas sebarang pertandingan, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang lain. Kemudian, serahkan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum.
6. Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian untuk diisi, disah dan diserahkan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum.
5.14 BIDANG TUGAS PENASIHAT PERSATUAN AKADEMIK DAN KELAB SUKAN
1. Mendaftar persatuannya dengan Penolong Pendaftar (Pengetua), manakala bagi Unit Pakaian Seragam hendaklah
juga mendaftar dengan badan induk pasukannya sama ada di peringkat Daerah/Negeri.
2. Mengadakan Mesyuarat Agung pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan dan menyerahkan butiran yang
diperlukan kepada Penyelaras Unit masing-masing
3. Menyediakan perlembagaan kelab/persatuan masing-masing.
4. Merancang aktiviti sepanjang tahun dan memastikannya berjalan mengikut jadual.
5. Memastikan setiap perjumpaan kelab/persatuan dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.
6. Memberi bimbin gan kepada AJK menyediakan laporan aktiviti mengikut format tertentu selewat-lewatnya seminggu
selepas aktiviti dijalankan.
7. Mencatat penglibatan setiap ahli untuk penilaian dan pemberian sijil penghargaan.
8. Mengurus penyertaan ahli kelab dalam kegiatan atau pertandingan di peringkat daerah/ negeri/kebangsaan.
37

