Page 36 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 36
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
5.9 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
5.9.1 Peperiksaan Sekolah.
1. Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya dipersetujui oleh Pengetua.
2. Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan peperiksaan bagi guru-guru.
3. Mendapat persetujuan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk menentukan penyediaan soalan dan pemeriksa jawapan
dan tarikh penyerahan markah kepada guru tingkatan.
4. Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
5. Mengurus dan menentukan pergerakan kerta soalan (sebelum dan pada tarikh peperiksaan) dengan selamat.
6. Bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan kelicinan perjalanan peperiksaan.
7. Mengurus dan menentukan borang-borang markah, kad kemajuan murid telah diisi dan diserahkan ke pejabat untuk
ditandatangani oleh Pengetua.
5.9.2 Peperiksaan Awam
1. Mengurus borang pendaftaran peperiksaan PT3 dan SPM.
2. Memberi taklmat tentang pemilihan mata pelajaran, jumlah mata pelajaran dan tarikh tutup pendaftaran peperiksaan.
3. Menyempurnakan borang-borang masuk atau pendaftaran peperiksaan PT3 dan SPM bagi murid-murid seperti
penyemakan dan mendapatkan tandatangan murid pada borang komputer.
4. Mengurus kutipan yuran peperiksaan dan penyertaan (Yuran dan Borang) ke unit peperiksaan Jabatan Pelajaran
Negeri.
5. Menyediakan Jadual Ujian Lisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) bagi murid-murid.
6. Mengedar Jadual Peperiksaan dan memberi taklimat kepada murid-murid.
7. Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti pelan tempat duduk, alatan dan borang.
8. Menentukan kertas soalan peperiksaan disimpan dengan baik.
9. Mengurus pengedaran keputusan peperiksaan kepada murid dan membuat analisa keputusan peperiksaan.
10. Mengurus stok bahagian peperiksaan.
11. Memastikan semua markah Penilaian Berasaskan Sekolah telah dimasukkan dengan lengkap sebelum dihantar ke
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
12. Tugas-tugas lain mengikut arahan Pengetua.
5.10 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS TINGKATAN
1. Menguruskan semua hal pendaftaran murid-murid dalam kelas-kelas di tingkatan masing-masing.
2. Menguruskan pendaftaran murid baharu ke kelas dan merekodkan pendaftaran murid itu dalam buku pendaftaran.
3. Menentukan kedudukan kelas pelajar dalam tingkatan mengikut keputusan peperiksaan dalaman/awam.
4. Memastikan Guru Tingkatan mengambil tindakan ke atas murid-murid yang kerap ponteng sekolah.
5. Melaporkan kes-kes ponteng yang melebihi 30 hari kepada Penolong Kanan (HEM).
6. Mengumpul dan menyimpan Buku Laporan Kemajuan Murid pada akhir tahun.
7. Mengagihkan Buku Laporan Kemajuan Murid mengikut tingkatan selepas penyelarasan.
8. Merancang serta menyelenggarakan program-program aktiviti untuk pelajar selepas peperiksaan akhir tahun.
9. Menanda buku kedatangan pelajar pada hari-hari guru tingkatan bawah pengawasannya tidak hadir.
10. Memberitahu kepada pihak pentadbir sekolah jika mereka dapati ada perkara yang tidak memuaskan dalam
tingkatan bawah pengawasan mereka.
5.11 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN/KELAS
1. Mengurus jadual kedatangan Kelas.
2. Merekodkan semua butir-butir terutamanya yuran khas, nombor masuk sekolah dan butir-butir diri dan ibu bapa
pelajar.
3. Menanda kedatangan pelajar pada setiap hari persekolahan.
4. Tulis semua nama murid mengikut susunan abjad.
5. Memungut dan merekod pungutan yuran, amaun dan no. resit.- Daftar Kutipan Yuran tahun semasa.
6. Menyimpan buku kedatangan di pejabat.
7. Buku resit hendaklah disimpan dengan selamat.
35

