Page 37 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 37

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL   2020

                    5.11.1 Papan Kenyataan Kelas
                        Memastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berkesan seperti menampal pekeliling sekolah,
                        jadual  sukan,  jadual  tugas,  peraturan  sekolah,  jadual  waktu  kelas  dan  nama  guru  yang  mengajar  serta
                        maklumat tentang mata pelajaran.

                    5.11.2 Mengurus Hal Ehwal Akademik
                    1.  Merekod keputusan ujian dan dalam buku rekod mengajar.
                    2.  Menyediakan Rekod Kemajuan Pelajar dan Daftar Markah bagi setiap orang pelajar di tingkatannya.
                    3.  Mengumpul, menyusun dan menyimpan perkara-perkara di atas mengikut tingkatan bagi kegunaan tahun akan
                        datang sebelum cuti setiap akhir tahun.

                    5.11.3 Tugas-Tugas Lain
                     1.  Melantik Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dan memberitahu tugas-tugas mereka.
                     2.  Menentukan  jadual  tugas  pelajar  dipaparkan  dan  memastikan  pelajar  menjalankan  tugas-tugas  menjaga
                        kebersihan kelas luar dan dalam.
                     3.  Menyediakan senarai nama pelajar kelas masing-masing untuk pelbagai kegunaan guru.
                     4.  Sentiasa mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelas masing-masing.
                     5.  Menguruskan agihan dan pemulangan buku teks (SPBIN TI).
                     6.  Melaporkan murid-murid yang perlu diberi bimbin gan/kaunseling kepada Kaunselor Pelajar serta memberikan
                        kerjasama yang diperlukan.
                     7.  Sentiasa bertanggungjawab tentang kebajikan kelas masing-masing.
                     8.  Membuat cadangan pelajar-pelajar yang layak diberi biasiswa atau bantuan-bantuan persekolahan yang lain
                        dari semasa ke semasa.
                     9.  Sentiasa memujudkan suasana bersih dan ceria di dalam kelas.
                     10. Menyediakan sijil berhenti sekolah dan surat-surat akuan jika ada.
                     11. Memastikan pelajar berpakaian kemas dan teratur.

                    5.11.4 Kutipan Yuran
                       1.  Surat kuasa dan tanggungjawab pungutan wang yuran akan diberi kepada guru-guru tingkatan. Guru-guru
                           tingkatan  bertanggungjawab  sepenuhnya  mengutip  yuran  daripada  pelajarnya  dengan  segera  dan
                           bertanggungjawab  sepenuhnya  kepada  dokumen-dokumen  dan  rekod  kutipan  wang  yang  berkenaan.
                           Guru-guru tingkatan akan bertanggungjawab kepada audit.
                       2.  Kutipan yuran akan dibuat setiap hari oleh guru tingkatan yang akan mencatatkan penerimaan tersebut ke
                           dalam Buku Kedatangan Murid di ruang ‘Kutipan Yuran’.
                       3.  Guru tingkatan perlu menyerahkan kutipan kepada kerani pada hari kutipan itu juga.
                       4.  Yuran PIBG di serahkan kepada Bendahari PIBG.
                       5.  Waktu penyerahan wang ke pejabat adalah antara jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
                       6.  Resit-resit mesti dikeluarkan dan diserahkan kepada pelajar untuk jumlah yuran yang dibayar.
                       7.  Pelajar yang berpindah sekolah yang membuat bayaran yuran khas di sekolah lama, mesti mengemukakan
                           resit dari sekolah lama. Guru tingkatan mesti menyimpan satu salinan resit fotostat tersebut dalam Jadual
                           Kedatangan Murid.
                       8.  Murid-murid baru yang telah mengemukakan resit dari sekolah lama dikecualikan daripada membayar
                           yuran khas di sekolah ini. Yuran-yuran lain hendaklah dipungut.
                       9.  Resit hendaklah dikeluarkan apabila setiap bayaran dibuat.
                       10.  Buku-buku resit boleh diambil daripada kerani kewangan.
                       11.  Catatkan nama pelajar yang menerima biasiswa/pembiayaan.

                    5.11.5 Murid Balik Awal/Murid Sakit
                       1.  Sekiranya ada pelajar yang sakit/ingin balik awal atas sebab-sebab yang munasabah, sila hantar pelajar
                           yang  berkenaan  kepada  guru  bertugas  untuk  mendapatkan  borang  kebenaran  balik.  Sila  dapatkan
                           kelulusan kebenaran balik daripada Penolong Kanan HEM/Pengetua
                       2.  Pelajar yang berkenaan dikehendaki mengisi borang kebenaran balik iaitu satu salinan akan diserahkan
                           kepada guru tingkatan untuk rujukan dan satu salinan lagi disimpan oleh pelajar.
                       3.  Ibu bapa atau pelawat yang hendak berjumpa anak-anak mereka mesti mendapatkan kebenaran pihak
                           pengurusan sekolah terlebih dahulu sebelum berurusan.




                                                             36
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42