Page 33 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 33

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL   2020

             5.5 PENOLONG KANAN SUKAN

               Bidang Tugas
                       1.  Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
                       2.  Mengajar 12 waktu mengikut pekelililng 3/67 1982 (Pindaan).
                       3.  Bertanggungjawab  kepada  Pengetua  dalam  hal  sukan  dan  pentadbiran,  hubungan  masyarakat  dan
                           keselamatan.
                       4.  Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses sukan dan  pentadbiran.
                       5.  Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

               Senarai tugas
                    5.5.1 Pengurusan
                       1.  Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
                       2.  Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan.
                       3.  Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat.
                       4.  Membantu merancang takwim sekolah.
                       5.  Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
                       6.  Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
                       7.  Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
                       8.  Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
                       9.  Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
                       10.  Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.

                    5.5.2 Pembangunan Diri Pelajar
                       1.  Membantu  merancang  dan  menyelia  program  budaya  sekolah  keceriaan/keindahan  dan  kebersihan
                           sekolah.
                       2.  Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
                       3.  Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

                    5.5.3 Pembangunan Organisasi
                       1.  Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
                       2.  Mengadakan kursus/latihan untuk personal.

                    5.5.4 Pembangunan Kendiri
                       1.  Menghadiri Kursus, seminar dan bengkel.
                       2.  Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
                       3.  Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
                       4.  Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
                       5.  Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.

             5.6 PENOLONG KANAN PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN

               Bidang Tugas
                         1.  Menyediakan takwim, kalendar akademik dan senarai pengurusan tahunan bagi program Prauniversiti.
                         2.  Memastikan  guru  mengajar  berpandukan  Sukatan  Pelajaran  dan  Rancangan  Pelajaran  mengikut
                            peruntukan waktu yang ditetapkan.
                         3.  Menentukan sasaran program Prauniversiti, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
                         4.  Memastikan pelajar-pelajar mematuhi disiplin dan peraturan termaktub dalam buku disiplin sekolah.
                         5.  Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
                         6.  Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran.
                         7.  Memeriksa buku rekod mengajar guru, buku kedatangan pelajar dari semasa ke semasa.
                         8.  Mengajar sebilangan waktu.
                         9.  Memastikan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
                         10.  Memastikan  polisi-polisi  mengenai  penilaian,  peperiksaan  dilaksanakan  dan  menganalisis  data-data
                            peperiksaan untuk digunakan sebagai asas perancangan dan tindakan susulan.
                         11.  Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
                         12.  Menguruskan pendaftaran kemasukan pelajar dan pertukaran pelajar.


                                                             32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38