Page 10 - tmp
P. 10

SMK Seri Tasik    9
                                                                                          [Pendahuluan]


                                                KATA  ALUAN  PENGETUA
                                                 ميحرلا نمحرلا الله مسب


                   ASSALAMUALAIKUM WBT.

                          Alhamdulillah  dipanjatkan  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  s.w.t.  kerana
                   dengan keizinanNya buku Pengurusan Tahun 2021 telah dapat disiapkan dengan
                   sempurna  sebagai  dokumen  panduan  bagi  warga  guru  sekolah  ini    dalam
                   menjayakan  visi  dan  misi  sekolah.  Terima  kasih  kepada  semua  yang  terlibat
                   dalam  menyediakan buku  ini,    kandungannya  yang  terdiri  selain  dari  susunan
                   Jawatankuasa dan senarai tugas khas, juga merangkumi Dasar-dasar Pendidikan
                   Negara  yang  mesti  kita  hayati,  fahami    dan  laksanakan  dengan  penuh  rasa
                   tanggungjawab dan berintergriti  dalam kerja buat kita  sebagai pendidik untuk
                   melahirkan generasi berilmu dan berakhlak di masa akan datang.

                          Selaras  dengan  Anjakan  ke-9,  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
                   (PPPM)  2013-2025,  sesungguhnya  kolaboratif  dalam  semua  aspek  amat
                   diperlukan daripada semua warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam
                   semua  aspek.  Kerjasama  yang  erat  bagai  aur  dengan  tebing  diharap  dapat
                   membawa  keberkatan  untuk  memacu  SMK  Seri  Tasik  di  persada  pendidikan
                   negara. Kita perlu bekerja dalam satu pasukan dengan semangat  kekitaan dan
                   kebersamaan dalam semua perkara dan selari dengan 5 Aspirasi Sistem  dan 6
                   Aspirasi  murid  dan  berslogankan  Membina  Ilmu  dan  Menyempurnakan
                   Akhlak.

                          Semua  warga  Seri  Tasik  diharapkan  dapat  merealisasikan  hala  tuju
                   sekolah    dalam  merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  sebarang  program
                   sekolah.  Dalam  masa  yang  sama  semua  bentuk  etika  penjawat  awam,  Surat
                   Peraturan  Ikhtisas,    Pekeliling  Perkhidmatan  dan  arahan  daripada  pihak
                   Kementerian  Pendidikan  Malaysia,  Jabatan  Pedidikan  Negeri    dan  Pejabat
                   Pendidikan Daerah perlulah dipatuhi dan diikuti pada setiap masa.

                          Akhir  kata  saya  penuh  yakin  bahawa  semua  warga  sekolah  ini  akan
                   memberi komitmen yang terbaik terhadap tugasan dalam bidang masing-masing
                   bagi merealisasikan apa yang digariskan dalam visi, misi   dan matlamat sekolah
                   agar  PPPM 2013-2025 tercapai. Janganlah kita berbicara tentang ”KEJAYAAN”
                   jika  dalam  masa  yang  sama  kita  tidak  berani  untuk  berkorban.  Selamat
                   menjalankan tugas.

                   Sekian, terima kasih.


                                      “BERAKHLAK, BERILMU, BERWAWASAN”


                   NORHAYATI BINTI ZAKARIA
                   Pengetua
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15