Page 12 - tmp
P. 12
SMK Seri Tasik 11
[Mukadimah]
PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN STAF SMK SERI TASIK
1. ARAHAN AM
1.1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Hala tuju, Objektif
dan Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat Sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Wawasan Pendidikan Kebangsaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 –
2025.
1.6. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah
lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas.
1.7. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8. Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
2.1. Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu
persekolahan.
2.2. Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan
kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.
3. WAKTU HADIR KE SEKOLAH
3.1 Semua guru WAJIB berada di sekolah selewat-lewatnya 7.20 pagi , 10 minit
sebelum masa pertama dimulakan.
3.2 Daftar kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah. Merakam punch card hendaklah
dilakukan sendiri.
3.3 Merakam kad orang lain adalah satu kesalahan.
3.4 Guru yang lewat, perlu terus berjumpa pengetua / penolong kanan untuk memaklumkan
sebab dan mencatatnya dalam kad perakam waktu.
3.5 Guru akan diberi SURAT AMARAN I dan II sekiranya lewat berterusan.
3.6 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah 15 minit awal.
4. WAKTU PULANG DARI SEKOLAH
4.1 Waktu pulang rasmi adalah 2.30 petang (Isnin dan Selasa), 3.30 petang (Rabu dan Khamis)
dan 12.00 tengah hari (Jumaat). Guru wajib merakam waktu pulang dan hendaklah
merakamnya sendiri.
4.2. Rakaman hadir dan pulang guru adalah dokumen audit sekolah . Catatan kehadiran guru
adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat penilaian ‘ Prestasi Tahunan ‘.
4.3 Guru- guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum atau kelas tambahan perlu
tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan.
4.4 Guru bertugas harian hendaklah balik 15 minit lewat.
5. TIDAK HADIR BERTUGAS
5.1 Semua guru perlu akur Perintah Am Bab C
5.2 Guru WAJIB memaklumkan kepada pengetua, penolong kanan, penyedia relif melalui
aplikasi WhatsApp dan kepada pejabat untuk tujuan menyediakan relief

