Page 13 - tmp
P. 13

SMK Seri Tasik   12
                                                                                          [Mukadimah]

                           5.3     Guru serahkan sijil cuti sakit atau bukti tidak dapat hadir kepada pengetua atau penolong
                                kanan keesokannya untuk tujuan rekod.
                           5.4      Cuti sakit  swasta lebih daripada 2 hari perlu dapatkan pengesahan doktor kerajaan.

                       6.  CUTI REHAT KHAS

                           6.1    Guru diperuntukkan sepuluh (10) hari cuti rehat khas.
                           6.2    Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara pengetua.
                           6.3    Mesti  dipohon  daripada  pengetua  dengan  berjumpa  secara  peribadi  sebelum  mengisi
                                borang secara manual.
                           6.4      Isi borang setelah mendapat kebenaran. Catatkan baki cuti dan sebab-sebab bercuti dalam
                                borang tersebut dan sertakan dokumen sokongan tujuan bercuti.
                           6.5    Isikan borang dalam talian. Kelulusan permohonan dipertimbangkan dengan syarat tidak
                                menjejaskan tugas dan  perjalanan sekolah.
                           6.6      Permohonan hendaklah dibuat lebih awal (3 hari) sebelum, kecuali kes-kes kecemasan.
                           6.7      Kes kecemasan (kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka) perlu
                                       dimaklumkan melalui telefon  dan perlu mengisi borang sebaik saja datang ke sekolah.

                       7.  KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH/ URUSAN PERIBADI

                           7.1     Guru dan staf TIDAK BOLEH keluar atau meninggalkan kawasan sekolah  untuk urusan
                                peribadi contohnya bank, ke sekolah anak dan sebagainya.
                           7.2       Kebenaran perlu diperolehi dan dibenarkan untuk kes-kes kecemasan  seperti menziarah
                                jenazah  keluarga  terdekat,  mesyuarat  ,  kursus  atau  sepertinya.  Kebenaran  hanya  oleh
                                pengetua atau penolong kanan.
                           7.3      Isi  Borang  Kebenaran  Keluar  dan  Buku  Keluar  Masuk  Semasa  Bertugas  .  Dapatkan
                                tandatangan pengetua atau penolong kanan.
                           7.4       Catatkan  tujuan keluar pada punch card di ruangan catatan pada punch card.  Rakamkan
                                waktu  keluar  pada  ruangan  keluar  .    Sebaik  tiba  ke  sekolah  semula  ,  rakamkan    waktu
                                masuk dengan segera.

                       8.  MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL

                           8.1     Wajib hadir apabila diarahkan,  misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran
                                atau  sekolah  lain.  Guru  yang  ditugaskan  tidak  boleh  mengarahkan  guru  lain
                                melaksanakannya . Penggantian hanya dengan arahan pengetua.
                           8.2     Tumpukan sepenuh perhatian untuk tujuan melaporkan kepada Pengetua atau penolong
                                kanan berkenaan atau GKMP
                           8.3     Sediakan MINIT CURAI dan serahkan kepada pengetua sebaik saja balik semula ke sekolah.
                                Maklumat dalam minit curai tersebut hendaklah dilaporkan kepada penolong kanan atau
                                GKMP yang berkenaan. Borang minit curai diperolehi dari pejabat.
                           8.4    Adakan in house training kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan kepada
                                pengetua atau penolong kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.
                           8.5    Dokumen  yang  diperolehi  semasa  taklimat  hendaklah  diserahkan  kepada  pihak  sekolah
                                untuk direkodkan  dan penggunaan .
                           8.6   Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk
                                murid dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada penolong kanan.
                           8.7    Guru-guru/PK/GKMP  yang  mendapat  arahan  JPN/PPD/KEMENTERIAN  mesti
                                memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu.

                       9.  URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM

                            9.1       Dapatkan kebenaran pengetua / penolong kanan
                            9.2       Sebaiknya semua masalah dibincangkan di peringkat sekolah terlebih dahulu
                            9.3       Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan sekolah.

                       10.  PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

                          10.1  Semua guru WAJIB  menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.  Kehadiran akan direkodkan
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18