Page 14 - tmp
P. 14
SMK Seri Tasik 13
[Mukadimah]
10.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
10.3 Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Sekolah, Lagu Wilayah, Negaraku
serta membaca ikrar.
10.4 Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang
dilaksanakan semasa perhimpunan di dalam buku laporan bertugas.
11. PROGRAM RASMI SEKOLAH
11.1 Guru-guru WAJIB hadir dalam setiap program rasmi sekolah yang telah ditakwimkan
seperti Majlis Anugerah Cemerlang, Kejohanan Olahraga, Majlis Graduasi, Mesyuarat Agung
PIBG, Solat Hajat Perdana, LDP dan aktiviti-aktiviti lain.
11.2 Guru-guru perlu menandatangani kehadiran pada buku kedatangan khas.
11.3 Jika tidak dapat hadir sebarang program sekolah, surat permohonan hendaklah
dikemukakan sendiri kepada pengetua sebelum sebarang program berlangsung.
11.4 Lampirkan dokumen berkaitan ketidakhadiran.
12. MENGHARGAI MASA INSTRUKSIONAL
12.1 Murid-murid berhak mendapat apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas. Oleh itu guru
bertanggungjawab memastikan PdPc dilaksanakan dengan berkesan
12.2 Menepati masa ke kelas amat dituntut kerana masa PdPc adalah hak murid-murid
12.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus/cuti rehat/menghadiri mesyuarat/
menjalankan tugas di luar, guru harus menyediakan bahan untuk kelas berkenaan untuk
diambil alih oleh guru ganti.
12.4 Guru bertanggungjawab mengganti kelas yang ditinggalkan dan menghabiskan sukatan
pelajaran yang ditetapkan
12.5 Guru perlu melindungi masa instruksional - pastikan guru-guru membuat persediaan
sebelum masuk ke kelas. Kepentingan murid diutamakan
13. WAKTU PdPc/ MENGAJAR
13.1 Guru masa pertama hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan bersih , teratur
dan kondusif, bilangan murid akur dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam buku
kawalan kelas sebelum PdPc dmulakan.
13.2 Guru masa pertama WAJIB memaklumkan jumlah kehadiran kelas bersama senarai nama
dalam aplikasi WhatApp
13.2 Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan dan urus masa PdPc sebaiknya,
dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan.
13.3 Guru yang terbaik adalah guru yang membuat persediaan untuk menjalankan PdPc selepas
memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.
14. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / BRM ONLINE
14.1 Buku persediaan mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butir
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
14.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan kepada pengetua atau penolong kanan atau
guru kanan mata pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak secara
dalam talian.
14.3 Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan, Jadual
Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Murid,
Markah Ujian, TOV dan ETR murid dan maklumat-maklumat lain di ruangan yang
disediakan.
14.4 Guru kanan mata pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran tahunan dan dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran di dalam buku persediaan mengajar secara atas talian
14.5 Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.

